Jangan hukum doktor kontrak terlibat mogok, PN gesa tubuh suruhanjaya kesihatan

April 2, 2023 · Politik

Tindakan tidak seharusnya diambil terhadap doktor kontrak yang akan terlibat dalam mogok yang dirancang berlangsung pada minggu depan oleh sekumpulan kakitangan awam perubatan.

Perikatan Nasional (PN) berkata sebarang bentuk bantahan sama ada secara mogok atau perhimpunan aman tanpa menganggu ketenteraman awam adalah sesuatu yang normal dalam demokrasi, kerajaan seharusnya menghormati hak tersebut.

“Kami memperingatkan dan sangat mengharapkan pihak Kerajaan supaya janganlah pula dihukum kakitangan awam yang terlibat dengan mogok tersebut.

“Sayugia diingat dan diharapkan bahawa tunjuk perasaan yang tidak mengganggu ketenteraman awam adalah satu cetusan dan luahan yang normal dalam sistem demokrasi.

“Dalam masa yang sama, kami juga menasihati peserta mogok agar menjaga diri masing-masing supaya dapat terus berkhidmat untuk rakyat. Kami percaya, cetusan rasa ini didorong oleh rasa cinta pengamal kesihatan awam untuk terus berbakti kepada rakyat,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Ahli-ahli Parlimen PN KL, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dalam satu kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan mengenai khabar angin kemungkinan satu mogok yang akan dijalankan dari 3 april 2023 hingga 5 april 2023.

Menurut Dr Yunus lagi, PN berpendirian kebajikan dan keadilan kepada anggota kesihatan adalah teras utama dalam usaha untuk mencapai sistem kesihatan yang baik dan cemerlang.

“Pihak jawatankuasa juga menyeru kerajaan jangan memandang ringan tentang permasalahan ini. Mereka sudah tidak mampu untuk bersabar kerana sudah bertahun menunggu, termasuklah menanti pembentangan kertas putih kesihatan yang dijangka pada bulan Jun nanti walaupun mereka tetap terus menjalankan tugas dengan cemerlang dan dibebani tekanan mental dan fizikal yang berterusan.

“Pihak jawatankuasa juga merasakan bahawa suruhanjaya perkhidmatan kesihatan harus ditubuhkan dengan kadar segera dan berfungsi secara aktif dan melakukan reformasi kesihatan awam negara kita, bukannya menunggu sehingga kertas putih kesihatan dibentangkan,” katanya lagi.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi peringatan kepada kakitangan perubatan supaya tidak menyertai mana-mana perhimpunan haram.

Dalam satu hantaran Facebook, KKM berkongsi Surat Edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan pada 2011 susulan terdapat khabar angin kumpulan doktor kontrak bakal mengadakan mogok pada Isnin hingga Rabu ini.

Surat bertarikh 30 Jun 2011 itu kembali disiarkan di Facebook KKM dengan Unit Integriti kementerian itu menyatakan pembabitan penjawat awam dalam perhimpunan haram adalah melanggar Peraturan 4 (1) dan 4(2), P.U.(A) 395/1993.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Popular
Itu bukan pandangan DAP, kata Anwar ulas kenyataan kontroversi Ramasamy
February 11, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok