Kesihatan Dr Mahathir: Petugas media berkumpul semula di IJN

January 23, 2022 · Isu semasa

Petugas media berkumpul semula di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, bagi mengikuti perkembangan terbaharu mengenai kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) sejak tiga hari lalu.

Kira-kira 20 pengamal media berkumpul berhampiran perkarangan IJN seawal jam 8 pagi dan masing-masing menunggu perkembangan terkini keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri yang dimasukkan ke IJN sejak Khamis lalu.

Semalam, anak perempuan Dr Mahathir, Datin Marina dalam kenyataan, memaklumkan bapanya berada di dalam keadaan stabil di IJN dan memberi tindak balas yang baik kepada rawatan.

“Sejak dua hari lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad dirawat di IJN lanjutan prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari lalu.

“Keadaan beliau kini stabil dan memberi tindak balas yang baik kepada rawatan. Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya,” katanya.

Ini kali kedua Dr Mahathir dimasukkan ke IJN dalam bulan ini selepas 7 Januari lalu apabila beliau menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenar keluar enam hari kemudian.

Pada 16 Disember lalu, beliau turut dimasukkan ke pusat sama untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember.

Malam tadi, Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI) menganjurkan bacaan doa selamat dan Yasin bagi kesihatan bekas Dr Mahathir yang diadakan secara maya malam ini.

Seramai 50 peserta terdiri daripada warga media tempatan dan juga dari negara jiran itu menyertai majlis berkenaan yang bermula pada 9.15 malam, dengan bacaan doa selamat dan tahlil diketuai penolong pengurus bahagian teknikal Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Asri Junin.

Berita berkaitan
Kolestrol saya tinggi, kata Rafizi selepas keluar wad
October 30, 2023· Politik
Rafizi seorang yang kuat, Saifuddin Nasution beri kata semangat
October 25, 2023· Politik
Serangan jantung, Rafizi kini stabil diberi rawatan: Dr Zaliha
October 21, 2023· Politik
Idea SG4 yang tepat pada waktu yang tepat
October 15, 2023· Rencana
Popular
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok