Kolestrol saya tinggi, kata Rafizi selepas keluar wad

October 30, 2023 · Politik

Selepas beberapa hari diberikan rawatan kerana berdepan masalah kesihatan, Rafizi Ramli menasihati Ahli-ahli Parlimen agar menjalani ujian kesihatan.

Menteri Ekonomi itu yang sebelum ini disahkan menerima rawatan di hospital mengakui kolestrolnya tinggi dan ia menyebabkan seseorang boleh mengalami serangan jantung.

“Bagi mereka terutamanya yang (Ahli Parlimen) lelaki, silalah semak jantung masing-masing. Kerana risiko itu bukan sahaja kepada menteri tapi juga disebabkan gaya hidup kita terutamanya oleh kolestrol yang tinggi.

“Saya ada rekod kolestrol yang tinggi selama 20 tahun dan itu sudah tentu akan menyebabkan masalah kepada jantung,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Rafizi berkata menerusi platform X bahawa beliau akan hadir di Parlimen untuk sesi ucapan penggulungan berkaitan isu berkenaan kementeriannya selepas menjalani pemasangan stent jantung di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) baru-baru ini.

Pada 21 Oktober lalu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan Rafizi berada dalam keadaan stabil selepas dilaporkan mengalami serangan jantung.

Timbalan Presiden PKR tersebut menjalani pemasangan stent jantung pada 25 Oktober lalu dan kini sedang berehat.

Berita berkaitan
Rafizi perlekeh kajian terbaharu Merdeka Center dakwa ‘rating’ Anwar jatuh
November 26, 2023· Politik
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023· Politik
Kalau kita pecat dia untung kerana dapat jadi MP bebas, kata Razali
November 11, 2023· Politik
Zahid dakwa ramai lagi MP PN akan sokong Anwar selepas ini
November 9, 2023· Politik
Popular
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023
Lagi Politik terkini
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
16 jam lalu · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
16 jam lalu · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
17 jam lalu · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok