Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek

September 23, 2023 · Isu semasa

Polis memburu dua suspek lelaki warga Sri Lanka kerana disyaki terlibat kes bunuh tiga warga senegara di sebuah rumah kedai di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Sentul, malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata kedua-dua suspek berkenaan menginap di kediaman sepasang suami isteri yang menyewa di tingkat dua rumah kedai berkenaan sebelum kejadian bunuh di premis itu berlaku, menurut laporan Bernama.

Katanya dalam kejadian pada 11 malam itu, polis menemukan tiga mayat lelaki dalam sebuah bilik stor di kediaman pasangan suami isteri dalam keadaan bertindan dengan tangan terikat manakala kepala mereka disarungkan dengan beg plastik.

“Dua daripada mayat berkenaan merupakan penyewa bilik dalam premis itu manakala seorang lagi merupakan anak lelaki kepada pasangan suami isteri berkenaan. Mangsa berusia antara 20-an hingga 40-an,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini, hari ini.

Allaudeen berkata kejadian bunuh berkenaan dilaporkan kepada polis oleh jiran-jiran di sekeliling kawasan premis itu setelah mendengar teriakan seperti berlaku pergaduhan dari arah kediaman penyewa itu.

“Pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 40 tahun itu bersama anak mereka telah berkenalan dengan suspek sejak enam bulan lepas dan suspek yang tiba dari Klang telah menginap di rumah mangsa selama dua hari.

“Polis percaya dua suspek berkenaan merancang pembunuhan itu manakala motif pergaduhan ini masih disiasat,” katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Allaudeen berkata pasangan suami isteri berkenaan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan manakala kesemua mayat telah dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Berita berkaitan
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023· Isu semasa
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
6 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
6 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok