Kerajaan tak sekat siasatan individu dikait Kertas Pandora

October 16, 2021 · Isu semasa

Siasatan boleh dijalankan terhadap individu yang terpalit dalam pendedahan Kertas Pandora dan kerajaan tidak akan menghalangnya, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata pihak berkuasa boleh mengambil tindakan dan membuat siasatan sekiranya terdapat bukti yang jelas melibatkan individu yang terkait dalam skandal Kertas Pandora, ia bagaimanapun terpulang kepada agensi yang terlibat untuk membuat keputusan tersebut.

“Pihak berkuasa baca semua, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baca semua baca berita yang dikeluarkan.

“Justeru, terserah kepada pihak berkuasa, kita tidak menyekat tindakan daripada pihak berkuasa kepada sesiapa, tetapi mesti ada bukti. Kalau tak ada bukti, tak bolehlah,” katanya.

Ismail Sabri terdahulumeninjau penyelenggaraan lif di Perumahan Awam Seri Perak, Bandar Baru Sentul, hari ini.

Katanya lagi, pendirian itu adalah berasaskan keterbukaan kerajaan terhadap apa jua tindakan undang-undang di negara ini.

Baru-baru ini, heboh berkenaan laporan pendedahan oleh Kertas Pandora yang merupakan pendedahan fail kewangan sulit kepada Pusat Kewartawanan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) seperti yang dilaporkan media tempatan.

Pendedahan itu melibatkan lebih 11.9 juta dokumen rekod lain daripada 14 penyedia perkhidmatan luar pesisir yang menubuhkan dan menguruskan syarikat Shell dan pemegang amanah di tempat perlindungan cukai di seluruh dunia.

Lebih banyak dokumen berkaitan dengan urus niaga luar negara orang kaya Malaysia termasuk Timbalan Menteri Kewangan, Yamani Hafez Musa dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terdapat di dalam kebocoran daripada penyedia perkhidmatan berkenaan.

Pada 7 Oktober lalu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan rayuan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun untuk membahaskan usul mengenai Kertas Pandora.

Anwar berharap supaya Azhar Azizan meneliti dan mempertimbang usul tersebut dibincangkan di Parlimen setelah Speaker Dewan menolak isu tersebut dibawa ke dalam aturan mesyuarat sehari sebelum itu.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kes rasuah: Wan Saiful hantar surat kepada SPRM
May 8, 2023
Masalah kewangan, tekanan ekonomi punca pasangan muda bercerai
July 25, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok