Kerajaan mungkin perlu keluar wang tambahan untuk siapkan kapal LCS

August 17, 2022 · Isu semasa

Kerajaan mungkin perlu membelanjakan sehingga RM11.145 bilion secara keseluruhan untuk kos pembinaan enam kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang menjadi kontroversi – jumlah yang melebihi peruntukan asal sebanyak RM9 bilion yang dipersetujui beberapa tahun lalu.

Menurut Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung kapal LCS itu, kontraktor utama Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) mendakwa dalam surat pada 16 Julai 2019, bahawa mereka memerlukan tambahan RM1.416 bilion untuk menyiapkan semua enam kapal itu.

Ini selepas peruntukan siling asal kepada projek itu ditetapkan pada RM9 bilion sebelum diselaraskan kepada RM9.128 bilion.

Jawatankuasa itu menambah, Kementerian Kewangan (MoF) telah meluluskan melalui rundingan terus perolehan peralatan Sokongan Logistik Bersepadu (ILS) berjumlah RM800 juta kepada BNS.

ILS adalah peralatan wajib dan perolehannya sudah tentu akan meningkatkan kos kontrak perolehan LCS kepada RM9.7286 bilion.

“Jawatankuasa Siasatan menjangkakan kos pembinaan enam LCS akan terus meningkat berikutan pertukaran peralatan utama yang turut melibatkan implikasi masa tambahan bagi penghantaran kapal itu.

“Berdasarkan surat daripada syarikat BNS bertarikh 16 Julai 2019, bagi menyiapkan pembinaan enam LCS tersebut, anggaran kos tambahan sebanyak RM1,416.44 juta diperlukan yang terdiri daripada kos langsung berjumlah RM58.41 juta dan juga kos tidak langsung berjumlah RM1,358.03 juta disebabkan pertukaran peralatan dan jadual pelaksanaan.

“Kos tidak langsung melibatkan lanjutan tempoh reka bentuk asas, kuasa rekabentuk, jadual penghantaran peralatan, waranti, insurans dan kos kewangan bagi sumber lain. Ini menjadikan jumlah anggaran kos projek itu ialah RM11.145 bilion,” kata laporan JKSTUPKK itu yang didedahkan kepada orang ramai hari ini.

Laporan itu turut merekodkan butiran kos masing-masing meningkat sebanyak RM41 juta dan RM722.43 juta pada 16 Julai 2019 berbanding justifikasi awal BNS bertarikh 17 Mei 2019 iaitu RM1.375 bilion atau RM693.57 juta .

“Dalam tempoh dua bulan, mungkin ada cadangan kenaikan kos sebanyak RM41 juta atau RM722.43 juta. Manakala bagi penyerahan LCS pula, terdapat kelewatan antara 24 hingga 34 bulan daripada tempoh penyerahan asal mengikut kontrak,” menurut JKSTUPKK.

Laporan itu menyatakan, sehingga 31 Mei 2019, sejumlah RM5.936 bilion atau 65.03 peratus telah dibayar kepada BNS daripada keseluruhan projek bernilai RM9.128 bilion, termasuk RM1.365 bilion atau 14.94 peratus terdiri daripada pendahuluan pembayaran.

“Prestasi keseluruhan pelaksanaan projek setakat 31 Mei 2019, adalah 53.29 peratus berbanding kemajuan yang dirancang sebanyak 74.73 peratus dengan varians 21.44 peratus atau kelewatan selama 23 bulan.”

Mengikut kontrak asal, pembinaan LCS dijalankan secara berperingkat dengan penghantaran kapal yang dipersetujui adalah antara April 2019 dan Ogos 2023.

Berikutan kelewatan pelaksanaan pembinaan LCS, pada 20 Disember 2018, BNS telah mengemukakan tiga cadangan variasi (VP) kepada Kementerian Pertahanan melibatkan Sistem Pengurusan Platform Bersepadu (IPMS), Sistem Pelancaran Dekoy (DLS) serta pindaan kepada jadual pelaksanaan.

“Pertukaran IPMS dan DLS memberi impak semasa, tetapi menurut BNS, “kos untuk dibincangkan dan ditentukan kemudian” manakala perubahan kepada “jadual pelaksanaan” termasuk “jadual pembayaran” dan “direktori data pembayaran” telah diperincikan mengikut perkembangan dan kemajuan semasa,” kata laporan itu.

Pada 13 Ogos lalu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan akan memberi tumpuan untuk meletakkan projek kapal tempur pesisir (LCS) kembali ke landasan seperti yang diputuskan oleh Kabinet.

Beliau berkata, rundingan dengan vendor, pengeluar peralatan asli (OEM) dan bank sedang dijalankan.

Perolehan enam LCS telah diberi kelulusan oleh Kementerian Kewangan untuk dilaksanakan secara rundingan terus dengan tempoh kontrak bermula pada 3 Oktober 2013 hingga 2 Oktober 2023.

Namun demikian sehingga kini tiada sebuah kapal LCS yang telah siap dibina.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Saman fitnah, Tajuddin diarah bayar Khalid RM120,000
October 19, 2023· Politik
Kumpulan pemerhati rasuah gesa dedah perjanjian tambahan LCS
October 11, 2023· Isu semasa
Selepas pendedahan PAC, MINDEF nafi AGC tak dilibatkan dalam perjanjian LCS
October 10, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok