Keputusan kes rogol ADUN Tronoh bersalah atau bebas pada 29 Jun

May 17, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Ipoh akan membuat keputusan berhubung pertuduhan rogol pembantu rumah warga Indonesia yang dihadapi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong pada 29 Jun ini.

Bekas ADUN DAP itu bakal mengetahui keputusan sama ada didapati bersalah atau dibebaskan daripada tuduhan merogol itu semasa keputusan akhir kes pembelaan dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed pada pukul 10 pagi.

Pada 31 Mac lalu, pasukan pembelaan diketuai Datuk Rajpal Singh bersama Salim Bashir menutup kesnya selepas memanggil tiga saksi iaitu Choo Kiong, 52, dan isteri, Too Choon Looi, 46, serta bapa saudara mangsa, Muhammad Rusdi, 51.

Prosiding tersebut berlangsung selama dua hari pada 16 dan 31 Mac lalu.

Hari ini ditetapkan untuk pendengaran penghujahan lisan manakala hujahan bertulis telah difailkan pada 25 April lalu.

Pada 7 Disember lalu, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan bekas exco kerajaan negeri itu membela diri terhadap tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia pada Julai 2019.

Hakim Datuk Abdul Wahab memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie terhadap pertuduhan berkenaan.

Sepanjang prosiding tersebut, pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Azlina Rasdi dibantu dua Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd. Radzi dan Mohd. Fitri Sadarudin manakala pasukan pembelaan diketuai peguam Rajpal Singh bersama Salim Bashir.

Pada 23 Ogos 2019, Choo Kiong yang juga bekas Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri didakwa merogol seorang wanita di dalam sebuah bilik di tingkat atas sebuah rumah di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai 2019.

Pertuduhan terhadap beliau dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023· Isu semasa
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok