Kenaikkan OPR tekan rakyat yang sudah dibebani inflasi, kata penganalisis

September 10, 2022 · Isu semasa

Rakyat yang sudah dibebani kenaikkan harga barang pasti akan menerima kesan paling besar susulan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kenaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) baru-baru ini.

Penganalisis ekonomi, Aimi Zulhazmi Abdul menyifatkan langkah berterusan menaikkan OPR tidak akan membantu rakyat yang sudah merasai bebanan peningkatan kos sara hidup, malah menggesa BNM mencari pendekatan baharu untuk menurunkan inflasi yang sedang dihadapi negara ketika ini.

“BNM perlu tampil dengan penyelesaian yang lebih berkesan dan bukannya menaikkan kadar OPR secara tiba-tiba terutama apabila hampir mencecah 3% seperti tahun 2019.

“Pelarasan faedah itu sudah pasti membebankan rakyat apatah lagi kos sara hidup yang telah meningkat secara kumulatif dari 2019 hingga sekarang,” kata Aimi, yang juga Profesor Madya di Sekolah Perniagaan UniKL dipetik laporan MalayMail sebelum ini.

Aimi juga tidak menolak kenaikan OPR mungkin berpotensi mengakibatkan lebih banyak peningkatan pinjaman tidak berbayar, di samping peningkatan kadar inflasi yang sudah meningkat.

““Secara teorinya, menaikkan OPR adalah bertujuan untuk mengurangkan inflasi, tetapi ia mesti dikendalikan dengan berhati-hati kerana kita tidak mahu ia membebankan peminjam dan perniagaan individu,” tambahnya lagi.

Ujarnya lagi, peningkatan sedikit inflasi sudah cukup untuk mengganggu usaha dalam memulihkan ekonomi Malaysia yang sedang bangkit daripada penularan pandemik Covid-19 selama hampir dua tahun lebih.

Aimi juga menekankan kejatuhan nilai mata wang Malaysia telah mengakibatkan kenaikan harga makanan import; jika jumlah makanan import pada asalnya berjumlah RM55 bilion, maka ia akan meningkat kepada RM63 bilion pada tahun lalu.

Hal ini ujarnya tidak memberi petanda baik kepada Malaysia kerana ia merupakan pengimport makanan bersih (negara yang nilai makanan importnya lebih tinggi daripada makanan eksportnya).

BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus yang merupakan kenaikan ketiga berturut-turut bagi tahun ini.

Kemungkinan kenaikan OPR selanjutnya adalah tinggi, walaupun bank pusat juga berjanji bahawa ia tidak akan mengambil sikap agresif dalam melaraskan kadar.

Berita berkaitan
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024· Isu semasa
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok