KDN akan bantu Rohana, jalan siasatan menyeluruh: Hamzah

January 17, 2022 · Isu semasa

Siasatan menyeluruh akan dilakukan sebelum dokumen identiti diberikan kepada Rohana Abdullah yang ditinggalkan ketika berusia dua bulan di sebuah tadika 22 tahun lalu, selepas ibunya pulang ke Indonesia, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata dokumen sokongan tertentu turut diperlukan bagi membolehkan isu berkenaan diselesaikan, ia mesti selaras dengan undang-undang yang melibatkan isu kewarganegaraan.

“Nak beri seseorang kewarganegaraan mesti ada dokumen diperlukan… banyak lagi yang ada (kes) seperti ini di Sabah dan Sarawak malah di seluruh negara dan ia melibatkan angka yang agak besar.

“Saya difahamkan bapa kepada Rohana adalah warganegara, sebab itu kalau ada dokumen yang membuktikannya mudah untuk kami berikan (dokumen identiti). Jadi ini suatu tanggungjawab yang diberikan kepada saya dan akan dilakukan dengan sebaik mungkin.

“Isu (dokumen identiti) berkenaan juga saya lihat sebagai antara agenda kementerian untuk tahun ini bagi mengurangkan bilangan mereka yang menghadapi masalah sebegini,” katanya menurut laporan Bernama.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi komitmen untuk membantu Rohana menerusi video yang dikongsi di laman sosial semalam.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja Pengurusan Banjir Pantai Timur hari ini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain, Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa dan Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf.

Media sebelum ini melaporkan Rohana, 22, ditinggalkan ibunya seorang warga Indonesia dan dijaga selama hampir 20 tahun oleh seorang wanita, Chee Hoi Lan, 83, yang merupakan guru tadika di tempat ibu Rohana bekerja sebagai pekerja pembersihan.

Rohana dilaporkan terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri serta pernah mengalami kebimbangan (anxiety) akibat daripada masalah yang dihadapinya.

Sementara itu, Hamzah memaklumkan pihaknya telah menempah 50 bot pelbagai jenis dianggarkan berjumlah RM3.05 juta yang sesuai diatur gerak ketika banjir, yang tujuh daripada bot berkenaan telah diserahkan untuk kegunaan di negeri Pantai Timur hari ini.

Katanya kesemua tujuh bot buatan Belanda itu diperbuat daripada bahan High Density Polyethylene (HDPR) yang tahan lasak bernilai RM267,000 terdiri daripada pelbagai kapasiti penumpang.

“Saya dimaklumkan baki bot-bot pelbagai saiz dan jenis berkenaan dapat disiapkan dalam tempoh 10 minggu lagi,” katanya.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Pemuda PAS bidas kenyataan Menteri KDN berhubung cadangan bawa keluar rakyat Palestine
November 6, 2023· Politik
Pindaan Perlembagaan atau pada akta lain dalam isu kewarganegaraan: Saifuddin Nasution
November 1, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok