Jualan suku pertama 2022 Perodua memberangsangkan

April 5, 2022 · Isu semasa

Perodua mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan pada suku pertama 2022 dengan 61,624 kenderaan telah didaftarkan, peningkatan sebanyak 6.4 peratus daripada sejumlah 57,909 kenderaan yang dijual antara Januari dan Mac 2021.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata kesan daripada Covid-19 dan isu bekalan komponen masih ada, namun syarikat automotif itu telah bekerjasama dengan pembekal dan pengedar untuk mengurangkan impak berkenaan, lapor Bernama.

“Fokus kami kini adalah untuk mempercepatkan penghantaran kenderaan kepada para pelanggan sebelum berakhirnya tarikh pengecualian cukai jualan pada 30 Jun, 2022.

“Perodua turut bersama Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam rayuan bagi melanjutkan tarikh pengecualian cukai jualan kerana faktor seperti gangguan bekalan semikonduktor global dan kes Covid-19 masih memberi kesan kepada industri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zainal berkata industri automotif, termasuk ekosistem tempatan amat berterima kasih kepada kerajaan atas inisiatif pengecualian cukai jualan tersebut kerana ia mampu meraih permintaan yang tinggi sekali gus memajukan industri di sepanjang pandemik terburuk ini berlaku.

“Pada masa ini, ekosistem automotif tempatan mulai pulih secara beransur-ansur dan lanjutan pengecualian cukai jualan adalah rangsangan yang diperlukan oleh industri demi pertumbuhan yang mampan terutamanya dalam tempoh pemulihan,” kata beliau.

Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, Perodua mencatatkan 26,759 kenderaan, peningkatan sebanyak 9.5 peratus berbanding 24,433 unit yang dijual pada Mac 2021 manakala untuk perbandingan dengan bulan Februari 2022, jualan Mac melonjak 53.2 peratus daripada 17,421 unit yang didaftarkan pada bulan sebelumnya.

Pencapaian jualan bulanan tertinggi Perodua dicatatkan pada Oktober 2021 dengan 27,858 unit didaftarkan.

Perodua menjangkakan suku kedua 2022 menjadi kemuncak bagi industri automotif dengan jenama-jenama lain juga akan menghantar seberapa banyak kenderaan yang mereka mampu dalam tempoh tiga bulan tersebut.

“Walaupun bekalan cip semikonduktor dan Covid-19 masih mampu mempengaruhi pengeluaran, kami menjangkakan pengeluaran dan pendaftaran akan bertambah baik.

“Kami tidak melihat faktor lain seperti konflik antara Russia dan Ukraine akan memberi kesan yang besar kepada pengeluaran Perodua pada masa akan datang,” katanya sambil menambah berdasarkan faktor-faktor ini, Perodua akan mengekalkan sasaran jualan 247,000 kami untuk tahun ini.

Berita berkaitan
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023· Politik
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023· Isu semasa
Tiga pengeluar tanggung SST kereta tak sempat diserah 31 Mac: Laporan
March 25, 2023· Isu semasa
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023· Isu semasa
Popular
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok