Tiga pengeluar tanggung SST kereta tak sempat diserah 31 Mac: Laporan

March 25, 2023 · Isu semasa

Proton Holdings Bhd (Proton), Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dan Bermaz Auto Bhd bercadang menyerap cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk pelanggan yang membuat tempahan kenderaan sehingga 30 Jun 2022, tetapi tidak dapat menerima kenderaan selewat-lewatnya 31 Mac ini.

Ketiga-tiga syarikat itu telah menyatakan komitmen untuk menanggung bayaran SST sekiranya pelanggan yang sepatutnya menerima kenderaan yang ditempah sebelum atau pada hujung bulan ini, disebabkan masalah yang dihadapi pengeluar, lapor BH.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, berkata pihaknya akan membayar SST jika pelanggan tidak menerima kenderaan akibat kelewatan yang disebabkan syarikat itu.

“Untuk semua pelanggan yang membuat tempahan sebelum 30 Jun 2022, Proton akan membayar cukai SST jika pelanggan tidak menerima kenderaan akibat kelewatan yang disebabkan oleh pihak kami sendiri,” katanya.

Roslan berkata, Proton menjangkakan dapat memenuhi semua tempahan pelanggan kecuali bagi mereka yang gagal mendapat pinjaman dan yang masih dalam proses membuat tempahan nombor pendaftaran sebelum tempoh akhir pendaftaran pada 31 Mac ini.

“Kami anggarkan hanya lima peratus daripada tempahan yang diterima adalah dalam kategori ini,” katanya.

Menurut laporan, setakat Februari, Proton memiliki tempahan tertunggak lebih 70,000 unit dan daripada jumlah itu, Proton Saga adalah model dengan tunggakan tempahan yang tertinggi diikuti Proton X50, Proton Persona dan Proton X70.

Daripada jumlah tempahan Proton yang tertunggak, 23 peratus membabitkan insentif pengecualian SST.

Jun lalu, kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pendaftaran bagi menikmati insentif pengecualian cukai sehingga 31 Mac 2023 dapat memberi peluang kepada pembeli memiliki kenderaan pada harga jualan lebih rendah tanpa SST.

Tarikh akhir pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang kekal pada 30 Jun 2022, namun tempoh pendaftaran kenderaan bagi menikmati insentif pengecualian cukai itu dilanjutkan sehingga 31 Mac 2023.

Lanjutan tempoh pendaftaran kenderaan itu adalah satu penyelesaian titik tengah bagi mengimbangi kepentingan pengguna dan hasil cukai negara yang perlu ditingkatkan semula pasca pandemik bagi memastikan kebajikan rakyat serta kesejahteraan ekonomi negara terus terpelihara.

Sementara itu, Perodua memiliki tempahan tertunggak 220,000 unit setakat 31 Januari 2023.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad sebelum ini sudah menyatakan komitmen bahawa syarijatitu akan menyerap kos SST bagi kenderaan yang diserahkan selepas 31 Mac.

Katanya, syarikat memberi fokus untuk memenuhi tempahan dibuat sehingga 30 Jun 2022, pihaknya tidak mampu menyerahkan sepenuhnya bersandarkan kajian dan rancangan yang dilakukan setakat ini.

“Jika pelanggan sudah membuat tempahan bagi menikmati pengecualian cukai jualan, kami harus tanggung cukai jualan itu meskipun mereka terima kenderaan selepas 31 Mac. Kami akan pastikan kerana ia masalah kami yang tidak mampu menyerahkan kereta menjelang 31 Mac. Itu janji yang akan kami tunaikan,” katanya.

Berdasarkan perancangan Perodua, tempahan tertunggak yang dimiliki setakat Januari boleh didaftarkan selewat-lewatnya pada suku ketiga tahun ini.

Bagaimanapun angka 220,000 unit tempahan setakat Januari lalu, bukan semuanya adalah tempahan yang menikmati insentif pengecualian SST.

Sementara itu, AmInvestment Bank dalam satu nota penyelidikan berkata, Bermaz Auto akan menyerap 50 peratus daripada SST untuk kereta Mazda sehingga akhir Disember dan sedang menyemak strategi yang sama setiap bulan untuk kereta Kia dan Peugeot.

Berita berkaitan
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Kenaikan cukai SST akan bawa malapetaka kepada rakyat, kata Pemuda Ikatan
October 31, 2023· Isu semasa
Apa jaminan kerajaan kenaikan cukai SST tak jejaskan rakyat?
October 25, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok