Jualan kenderaan melonjak pada September, kata MAA

October 19, 2021 · Isu semasa

Jumlah jualan kenderaan melonjak ketara kepada 44,275 unit pada September, berbanding 17,500 unit yang dijual pada bulan sebelumnya, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Jumlah keseluruhan industri (TIV) adalah sebanyak 153 peratus lebih tinggi pada September berbanding Ogos, kata MAA dalam kenyataan semalam.

“Lonjakan jualan pada bulan dikaji disokong operasi semula perniagaan di seluruh negara berikutan pelonggaran sekatan yang dilaksanakan kerajaan,” katanya.

MAA berkata, kekurangan cip komputer bagaimanapun menjejaskan jualan beberapa pengeluar pada bulan dikaji.

“Beberapa pengeluar juga berdepan dengan pembatalan tempahan disebabkan sentimen pengguna yang rendah,” katanya dipetik dari Dagangnews.

Pada September, industri automotif negara mencatatkan jualan 44,275 unit kenderaan, 7 peratus lebih rendah berbanding 57,758 unit yang dijual pada bulan sama tahun lalu.

Daripada jumlah itu, kenderaan penumpang mewakili jualan sebanyak 38,315 unit, manakala bakinya 5,960 unit membabitkan kenderaan komersial.

MAA berkata, sehingga September tahun ini, industri automotif tempatan menjual 318,874 unit kenderaan, lebih rendah berbanding 344,019 unit yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu.

“Untuk pengeluaran, sejumlah 45,972 unit kenderaan dihasilkan pada September mewakili 42,556 unit kenderaan penumpang dan selebihnya 3,416 unit adalah kenderaan komersial.

“Dalam tempoh Januari hingga September 2021, sejumlah 303,996 unit kenderaan dikeluarkan, lebih rendah berbanding 315,863 unit yang dihasilkan tempoh sama tahun lalu,” katanya.

Dalam pada itu MAA menjangkakan jualan kenderaab pada bulan ini lebih baik berbanding September disokong perniagaan yang kembali beroperasi di seluruh negara, ia susulan peningkatan pengeluaran dan penghantaraan kenderaan daripada syarikat-syarikat pengeluar kenderaan.

Berita berkaitan
Pemandu langgar motosikal ditunggang empat beranak didenda RM6,000
December 13, 2023· Isu semasa
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Kenderaan ke Genting Highland akan dikenakan tol tidak lama lagi: Laporan
October 19, 2023· Isu semasa
Lebuh raya utama seluruh negara masih tinggi aliran trafik
April 24, 2023· Isu semasa
Popular
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok