Kenderaan ke Genting Highland akan dikenakan tol tidak lama lagi: Laporan

October 19, 2023 · Isu semasa

Kutipan tol akan dikenakan kepada pemandu ke Genting Highlands tidak lama lagi, menurut jurucakap syarikat mengendalikan jalan di tanah tinggi itu.

Setakat ini tiada pengumuman rasmi berhubung langkah mengenakan tol kepada kenderaan ke Genting Highland, bagaimanapun media tempatan melaporkan berhubung gambar tular pemasangan sebuah struktur di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya tular, dengan warganet membuat spekulasi ia mungkin plaza tol.

Sin Chew Daily memetik jurucakap Lingkaran Cekap Sdn Bhd, berkata syarikat terbabit akan mengendalikan tol itu, dengan pemandu hanya dikenakan bayaran ketika naik ke Genting Highlands, bukan semasa turun dari tanah tinggi.

Tetapi, jurucakap itu tidak dapat mengesahkan bila dan kadar tol yang akan dikenakan, lapor media tersebut.

Katanya, Genting Malaysia Bhd menyelenggara jalan di tanah tinggi itu sejak membinanya pada pertengahan 1960-an.

“Lingkaran Cekap bertanggungjawab terhadap jalan di Genting, termasuk menyelenggara cerun, tanah runtuh, membersihkan pokok tumbang, memotong rumput, menyelenggara sistem kumbahan serta lampu jalan, dan paling penting menyelenggara jalan.”

Beliau menepis dakwaan kutipan tol pada kadar RM2.50 dan RM3 mulai Jun 2024 kerana lebih banyak perbincangan perlu diadakan sebelum pengumuman rasmi dibuat.

Katanya, kadar tol akan mengambil kira kos dan kerja penyelenggaraan untuk jalan itu.

Berdasarkan laporan tahunan 2022, Genting memiliki 49.4% kepentingan dalam Lingkaran Cekap.

Berita berkaitan
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Kenderaan dijangka meningkat di lebuh raya utama menjelang Deepavali
November 11, 2023· Isu semasa
Bermula September, boleh bayar tol guna kad bank
June 15, 2023· Isu semasa
Dewan Rakyat: Kerajaan tidak bercadang mansuh tol
May 24, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Jangan makan, merokok sebelum ujian kendiri RTK Antigen: Pakar
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
16 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok