Pemandu langgar motosikal ditunggang empat beranak didenda RM6,000

December 13, 2023 · Isu semasa

Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang tular kerana memandu secara melulu sehingga melanggar empat sekeluarga yang menaiki motosikal di Lebuhraya Besraya, didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Majistret Fatin Dayana Jalil menjatuhi hukuman itu ke atas pereka grafik Mohammad Harith Ismail, 22, selepas tertuduh mengaku bersalah, lapor Bernama.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Mohammad Harith didakwa memandu kenderaan itu di atas jalan raya dengan tidak cermat dan prihatin di Lebuhraya Besraya dari arah Sungai Besi menghala ke Balakong di sini pada 12.30 tengah hari, semalam.

Pertuduhan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda minimum RM5,000 dan maksimum RM10,000 dan boleh dipenjara maksimum 12 bulan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Fatin Dayana menasihati tertuduh supaya lebih berhati-hati dan berwaspada semasa memandu.

Timbalan Pendakwa Raya R.Harvind memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

Mohammad Harith yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia tidak sengaja melakukan kesalahan tersebut.

“Saya bukan orang sini, saya tidak arif dengan selok-belok jalan (lokasi kejadian). Saya juga tidak melarikan diri atau meninggalkan mangsa di situ, sebaliknya terus hantar mereka ke hospital,” katanya.

Semalam, Bernama melaporkan tular di laman sosial rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan motosikal dinaiki dua orang dewasa bersama dua kanak-kanak dihimpit sebuah kenderaan yang menukar lorong secara tiba-tiba.

Hasil siasatan polis mendapati kesemua mangsa yang berusia lima hingga 34 tahun cedera ringan dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
17 jam lalu· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
43,508 pengundi baharu didaftarkan, semakan bermula hari ini: SPR
September 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok