Lebuh raya utama seluruh negara masih tinggi aliran trafik

April 24, 2023 · Isu semasa

Aliran trafik dilaporkan masih tinggi dan perlahan di lebuh raya utama setakat 10 malam ini berikutan pertambahan kenderaan pada hari ketiga Aidilfitri.

Orang ramai yang menyambut hari raya Aidilfitri mula pulang ke ibu kota dan jumlah kenderaan meningkat di lebuh raya utama.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), di utara, aliran trafik tinggi ke arah selatan dari Kepala Batas ke Hutan Kampung, Alor Setar Utara ke Gurun, Sungai Petani Utara ke Bertam dan Bukit Tambun ke Jawi.

“Selain itu, Bandar Baharu ke Sungai Perak, Simpang Pulai ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, Hentian Ladang Bikam ke Sungkai dan Tanjung Malim ke Rawang.

“Aliran trafik turut tinggi dan perlahan ke arah utara dari Tapah ke Simpang Pulai, Ipoh Utara ke Sungai Perak, Kuala Kangsar ke R&R Bukit Gantang dan Changkat Jering ke Jawi,” katanya.

Sementara itu, LLM menerusi Twitter memaklumkan situasi trafik sama juga dilaporkan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong sehingga ke Lentang dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Berita berkaitan
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023· Isu semasa
PRN: Aliran trafik lebuh raya utama masih lancar
August 12, 2023· Politik
Dijangka 1.9 juta kenderaan pulang ke kampung sempena PRN
August 10, 2023· Isu semasa
Kerajaan campuran belanja RM6.3 juta buat rumah terbuka di negeri pembangkang
May 22, 2023· Politik
Popular
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
23 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
23 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
18 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok