Jual darjah kebesaran di platform e-dagang

August 10, 2023 · Isu semasa

Polis telah mengenal pasti dalang dalam kegiatan menjual bintang dan lencana darjah kebesaran Pahang melalui platform e-dagang tanpa kebenaran.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata individu itu dipercayai berada di luar Pahang dan telah menghentikan jualan selepas menyedari kegiatannya dihidu pihak berkuasa, menurut laporan Bernama.

Beliau memaklumkan perkara itu kepada pemberita pada Majlis Pelepasan Petugas Bantuan Sumber Manusia (BSM) Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kompleks Polis Diraja Malaysia (PDRM) Alor Akar di sini hari ini.

Pada 13 Julai lepas, Yahaya mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai penjualan bintang dan darjah kebesaran Pahang yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan.

Siasatan awal mendapati satu set darjah kebesaran itu dijual pada harga melebihi RM1,000.

Mengulas mengenai BSM, Yahaya berkata sebanyak 881 pegawai dan anggota dari kontinjen Pahang digerakkan untuk membantu polis Terengganu pada PRN, Sabtu ini.

Mereka akan ditempatkan di Besut, Hulu Terengganu, Dungun, Marang dan Kemaman selama lima hari bermula hari ini.

Berita berkaitan
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023· Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Jangan makan, merokok sebelum ujian kendiri RTK Antigen: Pakar
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
16 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023 · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok