Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis

November 15, 2023 · Isu semasa

Polis menasihati penduduk sekitar bandar raya ini khususnya Bukit Jelutong supaya tidak menyertai perhimpunan anjuran Persatuan Penduduk Taman Bukit Jelutong (BJRA), Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan tidak menggalakkan perhimpunan yang dijadual diadakan sekitar 8 hingga 9.30 pagi di Jalan Bazar U8/101, Seksyen U8, Bukit Jelutong, lapor Bernama.

“… ia bagi mengelak berlakunya kesusahan yang signifikan kepada orang ramai berikutan kawasan itu tidak mempunyai tempat meletak kenderaan yang boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas, selain boleh mengakibatkan kerosakan terhadap kemudahan awam dan landskap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penganjur telah dimaklumkan untuk tidak meneruskan perhimpunan itu, justeru polis mengharapkan kerjasama daripada semua pihak bagi menjamin kesejahteraan bersama.

Difahamkan, perhimpunan itu bagi melindungi padang hijau terakhir di Bukit Jelutong yang dikatakan akan dibangunkan sebagai projek perumahan.

Berita berkaitan
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023· Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Jangan makan, merokok sebelum ujian kendiri RTK Antigen: Pakar
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
16 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023 · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok