Jangan abaikan dos penggalak

December 8, 2021 · Isu semasa

Benarkah ramai yang takut dengan kesan dos penggalak? Sejak mula diperkenalkan pada Oktober lalu, pemberian dos penggalak di­lihat seolah-olah kurang mendapat sambutan.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, sebanyak 45 peratus daripada penerima dos penggalak gagal hadir janji temu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Tinjauan di ruang komen hantaran mengenai dos penggalak di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) juga mendapati ramai yang meluahkan rasa bimbang mengenai kesan selepas me­nerima dos penggalak dan ramai juga yang terpengaruh dengan maklumat-maklumat tidak sahih berkenaan dos penggalak.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan sejauh mana kajian terhadap dos penggalak yang dilakukan oleh pihak kerajaan sebelum melancarkan pemberian dos berkenaan kepada individu yang layak.

Pakar epidemiologi, Dr. Moy Foong Ming ada  meluahkan rasa kecewa baru-baru ini apabila terdapat individu tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat salah tentang keselamatan dos penggalak daripada jenis vaksin berbeza dengan yang asal.

Menurut beliau, punca utama vaksin jenis Sinovac dicampurkan de­ngan vaksin lain adalah kerana campuran Pfizer dan AstraZe­neca akan menghasilkan tahap keberkesanan sehingga 94 ke 95 peratus, manakala menggunakan Sinovac sebagai penggalak hanya berkesan 75 peratus.

“Malangnya, terdapat banyak maklumat yang tidak sahih ber­kaitan campuran jenis vaksin di­sebarkan di media sosial.

“Susulan itu, ramai individu terpengaruh dan menolak vaksin Pfizer sebagai penggalak. Perkara ini jelas menjejaskan usaha KKM untuk memberikan perlindu­ngan kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Pakar Virologi UKM, Prof Madya Dr. Nazlina Ibrahim berkata, penerima dos penggalak perlu tahu bahawa tujuan utama pemberian dos berkenaan adalah bagi mencapai perlindungan optimum terhadap jangkitan Covid-19.

“Dos penggalak akan membantu meningkatkan semula ge­rak balas imun terhadap jangkitan sebenar virus sama ada daripada varian asal atau varian membimbangkan (VOC).

“Kebelakangan ini, bilangan kemasukan ke hospital serta memerlukan rawatan bantuan pernafasan dan perhatian di unit rawatan rapi (ICU) mula meningkat. Maka, KKM wajar menggesa supaya semua pihak yang telah mendapat tarikh janji temu dos penggalak untuk hadir bagi me­nerima dos suntikan,” katanya.

Jelasnya, pemberian lengkap mana-mana jenis vaksin adalah 83 hingga 88 peratus berkesan menghalang kematian, gejala teruk Covid-19 serta mencegah kemasukan ke ICU.

Justeru, galakan pengambilan vaksin juga bukan satu propaganda, tetapi berdasarkan kea­daan sebenar yang berlaku dalam ge­rak balas keimunan yang khusus terhadap SARS-CoV-2 dan persediaan vaksin berkaitan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Nyahsenarai cecair nikotin: MCTC saman menteri kesihatan, kerajaan
July 3, 2023· Isu semasa
Popular
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok