Isu saham Azam Baki, SC putuskan kes sudah selesai: Wan Junaidi

March 23, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Sekuriti (SC) sudah membuat keputusan tiada kes dibangkitkan berhubung isu kontroversi pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan kes siasatan tersebut sudah selesai, ia selepas beberapa beberapa badan dan jawatankuasa menjalankan siasatan mengikut bidang kuasa masing-masing.

SC antara pihak yang meneliti kes tersebut, ia termasuk Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Mencegah Rasuah Parlimen (JKMR) dan Jawatankuasa Aduan (JKA).

“Isu saham yang di pertikaikan oleh banyak pihak daripada parti pembangkang sebenarnya telah pun selesai. Isu ini juga telah diputuskan dan tiada kes oleh inkuiri pihak SC.

“Menerusi satu kenyataan pada 18 Januari lalu, SC menjelaskan telah menyelesaikan siasatan berdasarkan bukti yang dikumpul dan tidak dapat memastikan secara muktamad jika terdapat pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) (SICDA) telah berlaku,” katanya dalam kenyataan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Dalam pada itu, Wan Junaidi juga berkata sebarang kenyataannya mengenainya boleh menimbulkan sub judice kerana kes berkaitan sudah di peringkat mahkamah.

“Oleh yang demikian, tiada keperluan lagi isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM ini dipertikaikan. Ketua Pesuruhjaya SPRM juga telah mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnah beliau dan kes sedang dalam peringkat mahkamah, dan sebarang ulasan kes ini akan menimbulkan sub judice,” katanya lagi.

Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang bertanyakan berapa agensi penguat kuasa yang telah atau sedang menyiasat Azam berhubung isu pemilikan saham, serta status terkini siasatan berkenaan.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi menegaskan, kerajaan tidak melindungi individu tertentu atau mengambil tindakan terhadap pihak tertentu hanya semata-mata untuk memuaskan hati sesetengah pihak.

Beliau memberi jaminan sesiapa yang bertanggungjawab akan dihadapkan ke muka pengadilan, dan mahkamahlah yang akan menentukan sama ada individu berkenaan bersalah atau sebaliknya.

“Sehubungan itu, semua pihak perlu menerima keputusan SC yang menjelaskan tidak ada kes terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM berhubung akaun dagangan miliknya dan keputusan hasil siasatan SC perlu menjadi panduan,” katanya.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok