Isu MySejahtera, Khairy akan jawab Mat Hasan dalam perbahasan Dewan Negara

March 29, 2022 · Isu semasa

Semua pertikaian dan persoalan berhubung lesen MySejahtera akan dijawab Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Dewan Negara, ia susulan desakan terbaharu daripada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga meminta penjelasan berhubung isu tersebut.

Khairy berkata sudah meminta kebenaran daripada Yang Dipertua Dewan Negara untuk membahaskan usul berhubung MySejahtera pada Khamis dan menegaskan tidak ada yang hendak disembunyikan berhubung isu tersebut.

“Saya minta Yang Dipertua Dewan Negara (Tan Sri Dr Rais Yatim) benarkan satu usul berkenaan MySejahtera untuk dibahas Khamis ini yang akan dijawab oleh saya.

“Tiada apa-apa yang saya mahu sembunyikan. Mungkin mereka yang tak tahu tentang benda ini dan tak baca sepenuhnya isu itu terus bangkitkannya,” katanya dipetik laporan media.

Khairy terdahulu mengadakan lawatan kerja di Hospital Port Dickson.

Untuk rekod, Mohamad terdahulu meminta kerajaan menjelaskan dakwaan pembabitan MySJ Sdn Bhd dalam pengambilalihan aplikasi MySejahtera.

Khairy berkata, adalah lebih baik ia dijawab dalam sidang Dewan Negara kerana memahami kebimbangan masyarakat yang data peribadi mereka disalah guna.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelantikan syarikat Kpisoft(M) Sdn Bhd untuk menguruskan aplikasi MySejahtera dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada awal pandemik lagi.

“Saya difahamkan yang MKN jemput beberapa syarikat untuk buat pembentangan. MKN pilih syarikat Kpisoft yang dijenamakan sebagai Entomo Malaysia Sdn Bhd yang kemudian memberi lesen kepada syarikat MySJ Sdn Bhd.

“Jadi kita sudah berunding dengan syarikat yang beri perkhidmatan sejak awal lagi kerana mereka yang membangunkan platform itu,” katanya lagi.

Khairy berkata, berkenaan dengan pelantikan syarikat itu ia dalam proses untuk dijadikan sebagai kontrak rasmi.

Dalam pada itu, Khairy menjelaskan, aplikasi MySejahtera masih lagi relevan dan berfungsi bagi memaklumkan kepada pengguna sama ada mereka menjadi kontak rapat atau sebaliknya.

“Negara masih berada dalam peralihan ke fasa endemik walaupun ia agak jauh lagi dan sekarang masih ada ribuan jangkitan Covid-19 setiap hari. Oleh itu, aplikasi MySejahtera masih lagi berfungsi untuk memberitahu kepada pengguna MySejahtera sekiranya mereka telah menjadi kontak rapat.

“Takkan pengguna tidak mahu tahu lokasi yang kita check in MySejahtera itu ada kes positif atau menjadi kontak rapat dan kontak kasual. Oleh sebab itu, Kementerian Kesihatan akan mengekekalkan aplikasi MySejahtera mungkin dalam sebulan dua lagi dan apabila keadaan bertambah stabil, mungkin itu pada waktu sesuai hentikan penggunaan MySejahtera,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok