Isu jam ‘Rolex’: Menteri agama maafkan Siti Kasim, doa dijauhi Covid

September 7, 2021 · Isu semasa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad memaafkan peguam kontroversi, Siti Kasim yang menuduhnya memakai jam mahal berjenama Rolex.

Malah, dalam pada memaafkan peguam yang pernah menggesa supaya sekolah tahfiz diharamkan di Malaysia, Naib Presiden PAS itu turut mendoakan Siti Kasim diberi kesihatan yang baik dan tidak dijangkiti Covid-19.

“InsyaAllah saya maafkan. Saya doakan semoga Pn Siti diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan virus Covid,” kata Idris dalam Twitternya malam tadi, merujuk kepada permohonan maaf dibuat peguam itu.

Isu itu timbul setelah Siti Kasim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim dilihat cuba memalukan Idris apabila memuat naik tuduhan mengatakan menteri itu memakai jam tangan mewah jenama Rolex.

Sangkaan itu dipercayai berlaku setelah Siti Kasim melihat warna keemasan jam yang dipakai Idris seakan-akan jenama Rolex dan meminta pengikut laman sosialnya memeriksa jam itu.

Namun Idris menerusi akaun Facebooknya menjawab tuduhan itu dengan menjelaskan jam dipakainya bukan berjenama Rolex sebaliknya sebuah jam Buruj yang mempunyai fungsi menyimpan waktu solat dan arah kiblat.

“Untuk pengetahuan, jam Buruj ni lama dah saya pakai, senang nak tahu waktu solat dan arah kiblat.

“Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat,” katanya.

Susulan penjelasan itu, Siti Kasim yang sudah dikenali sebagai anti kepada pemimpin PAS dan beberapa tokoh agama di negara ini, memohon maaf secara terbuka dalam Twitternya.

“Minta maaf ustaz sebab saya memang salah,” tulis Siti Kasim dalam Twitternya sambil meletakkan tiga emoji tapak tangan bercantum memohon kemaafan yang bersunguh-sungguh, dan tiga emoji ‘red heart’ yang biasanya menunjukkan cinta dan kasih sayang kepada pasangan romantis, keluarga, rakan atau kumpulan.

Permohonan maaf itu mendapat komen daripada orang ramai yang sesetengahnya memuji Siti Kasim kerana bagi mereka inilah kali pertama mereka mendengar peguam itu memohon maaf.

Sesetengah netizen juga menegur Siti Kasim supaya dia lebih berhati-hati pada masa depan ketika membuat sesuatu tuduhan supaya tidak memalukan profesion guaman.

Berita berkaitan
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Apa jaminan kerajaan kenaikan cukai SST tak jejaskan rakyat?
October 25, 2023· Isu semasa
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok