Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris

September 22, 2023 · Politik

Sistem perundangan negara berada pada tahap terendah dan dilihat tidak berintegriti selepas perasuah dibebaskan oleh kerajaan campuran, kata Datuk Idris Ahmad.

Naib Presiden PAS itu menyifatkan keputusan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) yang diberikan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disebabkan pendakwa raya menarik balik pendakwaan tidak sepatutnya berlaku dan menimbulkan persoalan tahap ketelusan undang-undang negara.

“Rakyat perlu tahu bahawa keputusan menarik balik pendakwaan ini adalah keputusan pihak Pendakwa Raya, bukan keputusan mahkamah.

“Apabila Pendakwa Raya gugurkan pendakwaan, maka mahkamah tiada pilihan selain melepaskan. Saya yakin bukan ini negara yang kita idamkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Idris yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai berkata, kerajaan campuran perlu memberi penjelasan mengenai isu DNAA Zahid kerana ia melibatkan sosok beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Jika ahli politik boleh berbuat sesuka hati, di mana letaknya keadilan dan integriti? Cukuplah spin.

“Jika PH (Pakatan Harapan)-BN (Barisan Nasional) yakin Zahid tidak bersalah, maka buktikan di mahkamah. Itu yang rakyat dan Perikatan Nasional (PN) tuntut,” katanya.

Zahid berdepan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan rasuah, dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Beliau diberikan penghakiman DNAA pada 4 September lalu selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan hakim mengenai permohonan Jabatan Peguam Negara untuk menghentikan semua prosiding terhadapnya.

Keputusan itu menimbulkan kemarahan yang meluas, dengan Jabatan Peguam Negara berkata hakim memutuskan berdasarkan alasan kukuh yang dikemukakannya kepada mahkamah.

Berita berkaitan
Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?
21 minit lalu· Politik
PAS bidas propaganda Kit Siang main isu PM bukan Melayu
2 jam lalu· Rencana
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
3 jam lalu· Isu semasa
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
3 jam lalu· Politik
Popular
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
December 11, 2023
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023
Macam mana ‘banduan’ boleh ada akses Facebook, di penjara atau hospital? soal Rafizi
September 20, 2022
Lagi Politik terkini
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
2 jam lalu · Politik
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
7 jam lalu · Politik
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023 · Politik
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023 · Politik
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
December 7, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok