Isu balak, kerajaan Pahang buat tuntutan RM1 juta terhadap MP DAP

February 16, 2022 · Isu semasa

Kerajaan Pahang mengemukakan satu lagi saman berhubung tuduhan pembalakan haram di negeri tersebut, kali ini seorang Ahli Parlimen (MP) DAP disaman RM1 juta kerana didakwa membuat tuduhan fitnah.

MP Bentong Wong Tack mengesahkan menerima surat supaya meminta maaf dan saman tersebut, ia ekoran tindakannya menyiarkan video dan membuat kenyataan di Facebook pada 28 Dis dan 30 Jan lepas yang apabila dibaca bersama adalah berbentuk fitnah terhadap pihak berkuasa negeri.

Portal FMT melaporkan, surat tuntutan bertarikh 4 Feb mendakwa kenyataan Wong membawa maksud dengan membayangkan bahawa kerajaan Pahang.

Kandungan surat tuntutan tersebut adalah seperti berikut:

Membenarkan pembalakan yang tidak terkawal di kawasan hutan negeri Pahang sehingga menyebabkan banjir yang teruk.

Terlibat dan merupakan punca kepada kegiatan pembalakan dan penerokaan secara haram di tanah hutan kerajaan Pahang.

Tidak bertanggungjawab dan tidak mengambil peduli tentang kebajikan rakyat di Pahang.

Menipu dan menindas rakyat dengan membenarkan pembalakan secara berleluasa di kawasan hutan kerajaan Pahang.

Notis itu juga mendakwa bahawa kenyataannya telah menyebabkan kerajaan negeri dikritik oleh orang awam sehingga menjejaskan reputasinya.

“Kenyataan yang telah dikeluarkan menyebabkan anak guam kami ditohmah apabila masyarakat beranggapan bahawa anak guam kami adalah kerajaan yang menipu, tidak berintegriti dan tidak bertanggungjawab,” kata notis itu.

Sementara itu, Wong menerusi hantaran di Facebook memberi maklum balas terhadap notis berkenaan dengan menyifatkan ia adalah tindakan dangkal kerajaan negeri.

“Ini adalah tindakan dangkal daripada kerajaan Pahang.

“Sebagai wakil rakyat adalah tanggungjawab saya untuk bersuara demi rakyat. Kalau apa yang saya cakap tak benar, buktikan!,” kata Wong.

Tindakan saman terbaharu ini berlaku kurang seminggu selepas notis dengan tuntutan sama dihantar kepada aktivis alam sekitar Shariffa Sabrina Syed Akil kerana didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah mengenai aktiviti pembalakan di Pahang.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
15 jam lalu· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kes rasuah: Wan Saiful hantar surat kepada SPRM
May 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok