i-Citra: Pencarum boleh guna Akaun 1 dengan syarat

July 1, 2021 · Isu semasa

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membenarkan pencarum menggunakan simpanan di dalam Akaun 1 bagi pengeluaran menerusi pakej i-Citra.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata pengeluaran awal i-Citra sebanyak RM1,000 sebulan bagi tempoh lima bulan itu akan menggunakan simpanan daripada Akaun 2 pencarum.

Katanya, pencarum akan dibenar mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 sekiranya caruman mereka di dalam Akaun 2 tidak mencukupi.

Beliau berkata pengumuman mengenai pakej i-Citra adalah keputusan yang sukar kerana realitinya, KWSP diberi mandat untuk membantu anggota selepas persaraan.

“Namun, kami juga faham bahawa pandemik Covid-19 mendatangkan dugaan luar biasa. Maka kami cuba mencari jalan untuk memberi ruang kepada anggota untuk mengakses dana simpanan mereka di waktu mencabar ini.

“i-Citra direka dengan mengambil semua dana yang tersedia di dalam Akaun-2 anggota terlebih dulu. Jika dana daripada akaun ini tidak mencukupi, barulah kami membenarkan untuk mengakses Akaun 1,” katanya pada sesi perbincangan ‘MIDF Conversations’ secara maya, hari ini.

Amir Hamzah berkata, KWSP cuba mencari keseimbangan di antara membantu anggota dan pada masa sama memastikan mereka mempunyai simpanan mencukupi untuk persaraan.

Pada masa sama beliau berkata jumlah keseluruhan pengeluaran i-Sinar dan i-Lestari adalah kira-kira RM80 bilion, namun ia tidak menjejaskan kecairan KWSP.

“Kami boleh menguruskannya asalkan ia dirancang dan kemudian boleh disesusaikan dengan portfolio pelaburan KWSP. Kunci utama buat kami ialah tidak menghilangkan mandat yang diberikan, yang mana di akhirnya apa yang perlu diberi perhatian ialah mengenai isu persaraan anggota.

“Jika kita membiarkan dana simpanan anggota digunakan sehingga habis, maka ia akan menjadi masalah yang tidak boleh diuruskan. Justeru, KWSP perlu menyeimbangkan langkah yang mahu diambil,” katanya.

Isnin lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan pelaksanaan i-Citra di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) berkata, seramai 12.6 juta ahli KWSP layak menikmati inisiatif terbabit.

Perdana Menteri berkata, pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

Berita berkaitan
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Tiada KWSP bersasar, Wan Saiful bidas kerajaan angkuh tak dengar rintihan rakyat
October 24, 2023· Isu semasa
MP Perikatan Nasional gesa kerajaan pertimbang pengeluaran KWSP bersasar
October 12, 2023· Politik
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok