i-Citra dibuka mulai esok

July 11, 2021 · Isu semasa

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun ke bawah boleh memohon mengeluarkan caruman mereka menerusi pakej i-Citra mulai esok, tiga hari lebih awal daripada tarikh ditetapkan.

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, memaklumkan permohonan itu boleh dibuat melalui laman sesawang icitra.kwsp.gov.my dan bayaran pertama dijangka dikreditkan ke dalam akaun bank pencarum mulai bulan depan.

“Bagi memudahkan permohonan dalam talian i-Citra, ahli dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit mereka adalah sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan One-Time Password (OTP), di samping mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluaran terbabit.

“i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 dan 2,” kata KWSP dalam kenyataan hari ini.

Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar sehingga lima kali bayaran iaitu sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan.

Untuk maklumat lanjut mengenai i-Citra serta cara membuat permohonan, pencarum boleh merujuk laman komunikasi rasmi KWSP di laman sesawang www.kwsp.gov.my atau menghubungi talian hotline i-Citra di 03-8922 4848.

i-Citra diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lalu.

Ia adalah inisiatif jangka pendek bagi membantu pencarum yang terkesan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik Covid-19 serta mengimbangi keperluan masa kini dan masa depan ahli.

Berita berkaitan
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Tiada KWSP bersasar, Wan Saiful bidas kerajaan angkuh tak dengar rintihan rakyat
October 24, 2023· Isu semasa
MP Perikatan Nasional gesa kerajaan pertimbang pengeluaran KWSP bersasar
October 12, 2023· Politik
Popular
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok