Hutang 1MDB yang sudah dibayar RM13.3 bilion, hutang terkumpul RM38.81 bilion: MOF

January 13, 2022 · Isu semasa

Kerajaan sudah membayar hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjumlah RM13.3 bilion setakat ini, pembayaran itu dibuat hasil penerimaan bayaran penyelesaian berjumlah RM340.92 juta (US$80 juta) daripada KPMG.

Bagaimanapun, pembayaran hutang tersebut tidak mengurangkan sejumlah hutang terkumpul yang masih berjumlah sebanyak RM38.81 bilion dan masih perlu ditanggung kerajaan, kata Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini.

“Sehingga kini, kerajaan telah membayar balik RM13.3 bilion hutang 1MDB.

“Pada 31 Dis, 2021, hutang terkumpul 1MDB yang terdiri daripada prinsipal dan kupon/keuntungan untuk bon dan sukuk adalah berjumlah RM38.81 bilion,” kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataan itu.

Dalam kenyataan tersebut juga, MOF berkata penyelesaian tersebut menyusuli pengumuman pada 16 Sept 2021 yang membabitkan persetujuan KPMG untuk menyelesaikan saman sivil yang telah difailkan oleh 1MDB terhadapnya.

Setakat ini, Akaun Amanah di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menerima sejumlah RM19.138 bilion berhubung skandal kewangan 1MDB dan dana tersebut telah/akan digunakan untuk menyelesaikan hutang tertunggak 1MDB.

Bagaimanapun, beliau berkata baki semasa Akaun Amanah adalah mencukupi untuk membayar jumlah prinsipal bon bagi tahun ini sahaja.

“Apabila semua dana Akaun Amanah telah digunakan, kerajaan akan terus menanggung obligasi untuk membayar baki hutang 1MDB, yang penerbitannya disokong oleh jaminan dan surat sokongan kerajaan,” katanya.

Melangkah ke hadapan, kerajaan kekal komited dalam usaha pemulihan aset 1MDB dan akan sentiasa memastikan peruntukan yang mencukupi untuk menyelesaikan hutang 1MDB bagi menguruskan beban kewangan negara yang disebabkan oleh entiti tersebut.

Dalam pada itu, MOF turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bank Negara Malaysia, pasukan Polis Diraja Malaysia, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional di atas usaha mencapai penyelesaian terbabit.

Untuk rekod, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab ke atas kebanyakkan urusan dalam 1MDB dan kontroversi tercetus sebelum ini melibatkan salah guna kuasa dan rasuah dalam syarikat pelaburan negara tersebut.

Malah, Najib juga kini berdepan puluhan pertuduhan membabitkan skandal 1MDB yang dianggap terbesar dalam sejarah negara.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok