Hasil laporan siasatan kartel ayam dibentang pada Isnin

June 23, 2022 · Isu semasa

Pasukan khas yang ditubuhkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bagi menyiasat dakwaan perlakuan antipersaingan dalam industri ayam negara akan membentangkan hasil siasatan mereka pada Isnin ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pasukan khas berkenaan akan mengemukakan dapatan mereka kepada anggota-anggota suruhanjaya itu yang bertindak sebagai sebuah badan separa kehakiman yang mempunyai kuasa memutuskan sama ada terdapat pelanggaran terhadap Seksyen 4 Akta Persaingan 2010, menurut laporan Bernama.

“Pagi tadi saya difahamkan oleh pihak MyCC (yang) mereka telah selesai (menyiasat) dan akan kemukakan hasil siasatan,” katanya selepas menyertai Op Anti-Sorok bersama pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sebuah pasar raya di sini hari ini.

MyCC telah menubuhkan pasukan khas pada awal Februari lepas untuk menyiasat dakwaan terdapatnya perlakuan antipersaingan merangkumi perjanjian antipersaingan dan penyalahgunaan kedudukan dominan dalam pasaran yang boleh meningkatkan harga-harga barangan dalam pasaran industri ayam.

Pasukan khas MyCC telah memulakan penyiasatan terhadap kesemua pemain industri ayam di seluruh Malaysia daripada peringkat huluan hingga hiliran.

Berhubung Op Anti-Sorok, Nanta berkata ia dilaksanakan untuk membanteras aktiviti menyorok barang kawalan susulan pengumuman kerajaan untuk mengapungkan harga barang seperti ayam, telur ayam dan minyak masak berbotol berkuat kuasa 1 Julai ini.

Katanya operasi itu juga adalah langkah memastikan pemain industri dan peniaga barangan kawalan sentiasa cakna akan tanggungjawab mereka dalam menjamin bekalan mencukupi di pasaran dan tidak melakukan penyelewengan.

“Sejak Januari hingga 22 Jun tahun ini, sebanyak 158,064 pemeriksaan telah dijalankan merangkumi peruncit terpilih, pemborong terpilih dan pengilang terpilih mendapati bekalan barang kawalan mencukupi untuk keperluan pengguna,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Azman Adam memaklumkan terdapat 13 aduan sorok barang kawalan diterima kementerian itu sejak awal tahun ini, namun selepas siasatan dijalankan, tiada bukti kesalahan ditemukan.

Berita berkaitan
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
Subsidi dan kawalan harga ayam berakhir pada Rabu ini
October 30, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok