Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah

February 1, 2023 · Isu semasa

Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi tempoh 2 hingga 8 Feb.

Bagaimanapun, rakyat masih tertunggu-tunggu formula menurunkan harga minyak yang dijanjikan pakar formula kerajaan campuran yang sebelum ini dijanjikan oleh Rafizi Ramli.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

“Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan hari minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, meskipun harga pasaran kedua-dua produk berkenaan melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau trend harga runcit minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara,” menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
Harga petrol tidak turun, kekal paras lama
March 22, 2023· Isu semasa
Tak ada dibuat kerajaan di dunia kawal harga makanan siap masak: Rafizi
March 21, 2023· Isu semasa
Harga minyak petrol tak turun, kekal paras lama
March 8, 2023· Isu semasa
Jimat RM17 bilion jika T20 tak diberi subsidi petrol: Mat Maslan
February 28, 2023· Isu semasa
Popular
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Pertuduhan terhadap Ke Ting cacat, tak ikut undang-undang: Pembela
36 minit lalu · Isu semasa
Najib habis saluran undang-undang untuk rayuan, kata pendakwa raya
47 minit lalu · Isu semasa
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
4 jam lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
7 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok