Harga model Perodua Alza baharu bermula pada RM62,500

July 20, 2022 · Isu semasa

Model baharu Perodua Alza yang dilancarkan hari ini akan dijual pada harga bermula RM62,500.

Pelancaran model kenderaan pelbagai guna (MPV) baharu itu diumumkan Pertubuhan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) pada majlis yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Menurut Perodua, model itu Alza akan secara rasmi pada harga RM62,500 untuk varian X, RM68,000 untuk varian H dan RM75,500 untuk varian AV (harga di Malaysia Barat dan tanpa insurans).

Model baharu Alza tersebut amat dinanti-nantikan rakyat Malaysia itu telah dibangunkan dengan pelaburan RM770 juta sejak April 2018.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata Perodua Alza serba baharu menerima lebih 30,000 tempahan sejak pembuat kereta kompak itu membuka tempahannya pada 23 Jun lalu, tertinggi dalam sejarah jenama itu.

Katanya, faktor lain adalah daya tarikan nilai keseluruhan pakej Perodua Alza serba baharu termasuk ciri keselamatan yang dipertingkatkan seperti enam beg udara, ciri ‘Bantuan Keselamatan Termaju’, tawaran digital yang dipertingkatkan, ruang yang luas dan keselesaan pemanduan yang lebih baik.

“Pencapaian ini disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah pelanggan ingin memanfaatkan sepenuhnya inisiatif pengecualian cukai jualan yang tamat tempoh pada 30 Jun lalu.

“Daripada lebih 200,000 tempahan yang kami terima buat masa ini, hampir 15 peratus adalah model Perodua Alza serba baharu,” katanya ketika majlis perasmian Perodua Alza serba baharu di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin dan Presiden Daihatsu Motor Co, Soichiro Okudaira.

Zainal Abidin berkata, hampir 4,000 pelanggan telah menukar tempahan Perodua Alza kepada versi terkini walaupun sebelum pembukaan tempahannya diumumkan secara rasmi.

“Bermula hari ini, beberapa pelanggan kami akan menerima Perodua Alza serba baharu mereka daripada 195 bilik pameran jualan sah di seluruh negara.

“Selain itu, kami memberi jaminan kepada pelanggan yang menempah Perodua Alza serba baharu pada atau sebelum 30 Jun, mereka akan menerima kenderaan sebelum tarikh akhir 31 Mac 2023,” katanya.

Bagi mereka yang menempah Perodua Alza serba baharu pada atau sebelum 30 Jun 2022 dan menerima kenderaan mereka pada atau sebelum 31 Mac 2023 akan menikmati harga yang lebih rendah kerana mereka layak untuk inisiatif pengecualian cukai jualan.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan bahawa semua kenderaan yang ditempah pada atau sebelum 30 Jun masih boleh menikmati inisiatif pengecualian cukai jualan selagi kenderaan mereka didaftarkan pada atau sebelum 31 Mac 2023.

Berita berkaitan
Penganggur didenda RM3,000 selepas didapati bersalah calar kereta Alphard
December 27, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
Subsidi dan kawalan harga ayam berakhir pada Rabu ini
October 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok