‘Geng San Sentosa’ tumpas, polis rampas empat pistol

September 16, 2022 · Isu semasa

Polis menumpaskan ‘Geng San Sentosa’ apabila ketua dan lima ahli kongsi gelap itu ditahan di beberapa lokasi berasingan di sekitar Selangor dan Pulau Pinang, antara 17 April hingga 14 Sept lalu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata pihaknya turut merampas empat pucuk pistol bersama lima butir peluru hidup daripada geng yang aktif dalam kegiatan pemerasan, samun, penjaga premis perlombongan bitcoin haram, curi kenderaan dan pecah rumah di sekitar Klang, Selangor, lapor Bernama.

“Ketua kumpulan kongsi gelap ini telah ditahan pada14 Sept bersama seorang lelaki, kedua-duanya warga tempatan, ketika kedua-dua suspek hendak masuk ke dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux berwarna merah di Jalan Raja Musa, Pelabuhan Klang.

“Pemeriksaan lanjut kenderaan tersebut telah menemukan sepucuk pistol jenis revolver ‘single action’ jenama Colt yang disorok di bawah tempat duduk pemandu. Hasil pemeriksaan di rumah suspek di Jalan Bendahara Taman Mewah Ria Klang, Selangor pula menjumpai sebutir peluru hidup jenis 9mm,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Noorsiah berkata semakan lanjut mendapati ketua kumpulan itu mempunyai 11 rekod jenayah lampau berkaitan kes senjata api serta curi kenderaan dan juga merupakan ‘orang dikehendaki’ berkait kes senjata api di Petaling Jaya, Selangor pada 17 April 2022.

Beliau berkata dua lagi ahli kumpulan tersebut, kedua-duanya lelaki tempatan ditahan pada 17 April lepas di Petaling Jaya serta merampas sepucuk pistol, manakala seorang lagi juga lelaki ditahan pada 15 Jun di Taman Sentosa, Klang dan merampas sepucuk pistol jenis revolver.

“Seorang lagi lelaki warga tempatan ditangkap di kawasan Butterworth, Pulau Pinang dan polis turut merampas sepucuk pistol berserta empat butir peluru hidup pada 13 Sept,” katanya.

Beliau berkata kesemua senjata api itu tidak berlesen dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971, yang membawa hukuman penjara 14 tahun dan juga hukuman sebat tidak kurang daripada tiga kali dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun.

“PDRM menyeru agar masyarakat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian yang menyalahi undang-undang, dalam usaha membanteras kegiatan jenayah dan memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terpelihara,” katanya.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Popular
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok