Gaza juga sambut kemerdekaan kita, namakan jalan ‘Malaysia Street’

August 31, 2021 · Isu semasa

Majlis Perbandaran Semenanjung Gaza, hari ini menamakan salah satu jalan di wilayah itu ‘Malaysia Street’ sempena sambutan kemerdekaan ke-64 negara, sebagai tanda terima kasih kerana sokongan yang diberikan kepada rakyat Palestin.

Pemasangan papan tanda ‘Malaysia Street’ dilakukan beberapa kakitangan majlis berkenaan dan penduduk di barat Semenanjung yang terkepung itu sebagai menghargai bantuan yang dihulurkan rakyat Malaysia kepada penduduk Palestin, khususnya di Gaza.

Menurut papan kenyataan yang ditulis dalam bahasa Arab dan Inggeris itu, Malaysia adalah sebuah negara di Asia Tenggara yang memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan British pada 31 Ogos 1957 dan ibu negaranya adalah Kuala Lumpur.

Malaysia memainkan peranan penting dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin, dan sentiasa menggesa supaya penjajahan Israel ditamatkan selain memberi hak kebebasan kepada rakyat Palestin. Malaysia juga menolak normalisasi dengan rejim Israel.

Semenanjung Gaza berada di bawah pentadbiran Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) diketuai Ismail Haniyeh yang juga pemimpin kanan Hamas.

Ketika perang menentang serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza, Mei lalu, warga dunia dikejutkan dengan sokongan moral ditunjukkan pengguna media sosial Malaysia sehingga mengubah pendapat masyarakat antarabangsa mengenai rejim Israel dan kejahatannya terhadap kemanusiaan.

Serangan maya terhadap rejim Zionis Israel dilakukan pengguna media sosial Malaysia menggunakan #IsraelKoyak, membuktikan keberkesanannnya.

Hashtag tersebut telah digunakan oleh pengguna media sosial Malaysia dan Indonesia untuk mengejek Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dan rancangan Zionis untuk menentang Hamas.

“Kami menghargai dan tabik kepada semua rakyat Malaysia yang telah meluangkan masa mereka untuk sokongan dan menghebahkan pelbagai maklumat mengenai apa yang sebenarnya berlaku di Gaza.

“Perpaduan ini sangat penting kerana sekarang, kita dapat melihat perubahan ketara dalam pendapat masyarakat di Barat dan seluruh masyarakat antarabangsa,” kata Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) Muslim Imran, sebelum ini.

Berita berkaitan
Anwar akui pernah beri ucap tama dałam program LI, tegaskan PKR bukan ahli
November 7, 2023· Politik
Dewan Rakyat kecoh selepas seorang MP kerajaan didakwa sokong Israel
October 30, 2023· Politik
Perjuangan rakyat Palestin berasaskan hak dan kehormatan, bukan dendam dan kebencian
October 29, 2023· Rencana
MP Pasir gesa dedah negara ugut PM, tapi menteri kata tak elok namakan mereka
October 26, 2023· Politik
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok