Dewan Rakyat kecoh selepas seorang MP kerajaan didakwa sokong Israel

October 30, 2023 · Politik

Situasi menjadi kecoh dalam Dewan Rakyat selepas seorang Ahli Parlimen (MP) kerajaan didakwa menyokong Israel yang sedang menyerang penduduk Palestin.

MP Arau (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa MP Tebrau (PH), Jimmy Puah mengeluarkan kenyataan menyokong Israel yang tular dalam media sosial sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat negara ini.

Susulan itu, Shahidan menggesa Dewan Rakyat mengeluarkan pendirian untuk memberi sokongan dan bersolidariti dengan Palestin yang ketika ini sedang teruk ditindas oleh rejim Zionis.

“Saya nak nyatakan biar rakyat dengar. Hari ini kanak-kanak Palestin tiap-tiap 10 minit seorang dibunuh dan sekarang ini rakyat Palestin sudah mati melebihi 8,000 orang. Saya minta supaya Parlimen membuat pendirian mengenai perkara ini.

“Jangan biarkan satu orang iaitu Yang Berhormat (YB) Tebrau membuat pandangan yang dia menyokong Israel. Apakah seorang saja yang membuat pendirian menyokong Israel?

“Parlimen sendiri kena buat keputusan apakah pendirian kita mengenai pembunuhan berleluasa yang sedang berlaku sekarang ini di Palestin. Saya minta supaya kerajaan bawa sendiri usul untuk menyatakan pendirian kita berhubung pembunuhan dilakukan Israel.

“Tiba-tiba kita diam saja, cuma dengar satu suara saja. (YB) Tebrau kata menyokong Israel. Itu sebab saya kata kita semua rasa terkilan dengan apa yang berlaku,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Susulan kenyataan Shahidan itu, Puah lantas bangun dengan merujuk Peraturan 36(6) kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan dibuat Ahli Parlimen Arau itu kerana didakwa berbaur sangkaan jahat.

Puah menegur Shahidan bahawa tindakan itu tidak berparlimen dan berunsur fitnah kerana mengaitkan beliau dengan kenyataan menyokong Israel.

“Saya harap YB Arau boleh tarik pendirian itu. Kalau tengok media sosial… Facebook saya, saya bersolidariti dengan Palestin,” katanya.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong kemudian meminta Shahidan menarik balik kenyataan sedemikian bagi menghentikan pertikaman lidah di antara mereka.

Shahidan berkata jika Puah mengaku tidak menyatakan sokongan terhadap Israel, beliau akan menarik balik kenyataan berkenaan.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Popular
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023
Lagi Politik terkini
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
17 jam lalu · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
17 jam lalu · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
17 jam lalu · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok