MP Pasir gesa dedah negara ugut PM, tapi menteri kata tak elok namakan mereka

October 26, 2023 · Politik

Gesaan dibuat oleh Ahmad Fadhli Shaari di Dewan Rakyat hari ini supaya didedahkan negara yang dimaksudkan menggugut dan menekan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata tidak dapat menerima sekiranya seorang ketua negara berdepan tekanan dan tindakan tegas perlu diambil dengan menghantar nota bantahan kepada kedutaan negara tersebut.

“Apabila kita dengar Perdana Menteri menyatakan bahawa beliau menerima ugutan, ancaman, tekanan dan sebagainya, saya fikir menteri kena dedahkan negara mana yang berani menekan dan mengugut Perdana Menteri yang kita sayang ini.

“Kita tak sanggup melihat Perdana Menteri kita ditekan dan diugut seperti ini.

“Kalau mereka berani menekan perdana menteri kita, Malaysia harus menghantar nota bantahan kepada kedutaan negara mereka yang ada di negara ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar sebelum ini mendedahkan beliau menerima banyak ugutan daripada negara luar, susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.

Katanya, selagi diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyat, beliau selaku ketua kerajaan tidak akan tunduk dan gentar dengan sebarang ugutan.

Mengulas pertanyaan dilontarkan, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bagaimanapun tidak menamakan negara yang didakwa membuat ugutan itu, namun menegaskan negara tidak gentar dengan sebarang ugutan dilakukan oleh negara tersebut.

“Saya fikir dalam dewan ini elok kita tak namakan siapa mereka, tetapi seperti mana yang ditegaskan oleh Perdana Menteri berkali-kali bahawa kita tidak gentar dengan sebarang ugutan yang dilakukan oleh pihak mereka,” katanya.

Zambry turut menyatakan perbezaan usaha dilakukan oleh Anwar berbanding Perdana Menteri sebelumnya berkait isu Palestin.

“Saya tidak nafikan apa yang dilakukan oleh pemimpin kita sebelum ini kerana Malaysia terkenal sejak tahun 1957 sebagai negara yang sentiasa memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat Palestin.

“Setiap Perdana Menteri mempunyai peranan mereka, tetapi dalam konteks Perdana Menteri (Anwar), beliau mengambil langkah yang lebih jauh untuk bersama dalam kalangan pemimpin-pemimpin Islam di seluruh dunia termasuk pemimpin-pemimpin daripada negara bukan Islam,” katanya.

Berita berkaitan
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
16 jam lalu· Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
16 jam lalu· Politik
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023
Lagi Politik terkini
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
16 jam lalu · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023 · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok