Fenomena luruan monsun jadi faktor hujan lebat pada hujung tahun: MetMalaysia

September 24, 2022 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) memberi penerangan faktor yang akan menyumbang kepada taburan hujan lebat bakal dihadapi negara pada hujung tahun.

Fenomena luruan monsun terutama yang kuat bersekali dengan kewujudan sistem cuaca tekanan rendah antara punca hujan lebat berterusan dijangka melanda negara dalam tempoh beberapa hari di kebanyakan tempat menjelang hujung tahun ini.

Menurut Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah, ia bagaimanapun masih sukar untuk meramalkan sama ada fenomena itu akan membawa kepada musibah banjir besar atau sebaliknya, menurut laporan dipetik Utusan Malaysia.

“Secara amnya semasa Monsun Timur Laut, selalunya cuaca pada sebelah pagi adalah hujan di kawasan pantai timur semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah. Manakala pada sebelah petang pula, ribut petir atau hujan lebat di kawasan pantai barat dan pedalaman semenanjung, pedalaman Sarawak serta barat Sabah.

“Jika berlaku luruan monsun, hujan lebat berterusan akan berlaku dalam tempoh beberapa hari terutamanya di kawasan pantai timur semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah. Namun, sekiranya berlaku luruan monsun yang kuat bersekali dengan kewujudan sistem cuaca tekanan rendah, hujan berterusan berpotensi berlaku dalam kawasan yang lebih luas sehingga ke negeri-negeri pantai barat semenanjung.

“Taburan hujan pula adalah berbeza mengikut kawasan, namun taburan hujan di kebanyakan kawasan dijangka pada paras purata sahaja,” katanya.

Merujuk laman web Met Malaysia, cuaca di negara ini dicirikan oleh dua rejim monsun iaitu Monsun Barat Daya yang bermula dari akhir bulan Mei hingga September, dan Monsun Timur Laut dari bulan November hingga Mac.

Mengulas lanjut, Muhammad Helmi bagaimanapun berkata, terlalu awal untuk meramal akan berlaku hujan yang sangat lebat yang boleh mengakibatkan banjir besar.

“Lazimnya Disember adalah tempoh di mana luruan monsun menjadi aktif, potensi untuk berlaku hujan lebat berterusan adalah tinggi ketika itu terutama di kawasan pantai timur semenanjung.

“Bagaimanapun, kejadian hujan lebat berterusan hanya dapat diramal dalam tempoh satu hingga tiga hari sebelum ia berlaku,” katanya.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok