Facebook tidak maklumkan 533 juta pengguna data peribadi bocor

April 8, 2021 · Isu semasa

Semua 533 juta pengguna tidak boleh berharap Facebook memberitahu bahawa data peribadi mereka telah bocor dalam talian.

Firma perkhidmatan rangkaian sosial itu, walaupun bertindak balas terhadap berita mengenai kebocoran data pengguna mereka, tidak berhasrat memaklumkan kepada pengguna mengenai kejadian itu.

Reuters melaporkan sesetengah pihak kecewa dengan tindakan Facebook tidak memaklumkan kejadian itu kepada setiap pengguna mereka yang menjadi mangsa.

“Di dalam set data, tersembunyi banyak maklumat yang anda sendiri tidak mahu ia terdedah di mana-mana platform, termasuk hari jadi, lokasi, nama penuh dan nombor telefon.

“Jadi, adalah amat mengecewakan apabila mendengar bahawa Facebook enggan memaklumkan kepada pemilik akaun yang menjadi mangsa,” kata wartawan kanan sebuah majalah digital, Ryan Mac.

Reuters pula berkata, Facebook memberi dua alasan untuk tidak memberitahu pengguna – mereka tidak yakin pengguna mana yang perlukan maklumat; dan pengguna tidak dapat melakukan apa-apa terhadap data peribadi yang sudah bocor.

Pada Selasa, Facebook berkata, mereka percaya data yang bocor itu dikumpul melalui pihak tertentu sebelum September 2019.

Berita berkaitan
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023· Isu semasa
Status FB Mahfuz jadi bahan orang ramai selepas kalah sekali lagi
August 21, 2023· Politik
Kes penceramah pro-PH hina Sultan Selangor, mahkamah tolak permohonan Wan Ji
August 14, 2023· Isu semasa
Popular
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok