Duit Bantuan Prihatin Rakyat dibayar mulai 7 Mei

May 4, 2021 · Isu semasa

Fasa kedua Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibayar secara berperingkat-peringkat bermula 7 hingga 12 Mei ini membabitkan peruntukan sebanyak RM2.75 bilion.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, jumlah kali ini meningkat berikutan penambahbaikan kadar bayaran kepada 3.7 juta isi rumah iaitu 1.0 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang.

“Jika dahulunya penerima dari kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150, kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600, berdasarkan kelayakan setiap penerima.

“Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai 7 Mei 2021 melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pembayaran bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, termasuk di Sabah dan Sarawak akan dilakukan melalui cawangan bank Simpanan Nasional pada 17 Mei.

Tengku Zafrul juga mengumumkan permohonan rayuan bagi BPR akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.

“Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia,” katanya.

Katanya, jumlah bantuan kewangan yang telah disalurkan kepada hampir 8.4 juta penerima BPR menerusi fasa satu dan dua adalah sebanyak RM4.68 bilion.

Berita berkaitan
Pendapatan sejuta tapi dapat subsidi Tabung Haji, kata Anwar
October 17, 2023· Isu semasa
Tiada tindakan diambil terhadap Fahmi berkempen di masjid: MAIS
August 29, 2023· Politik
Kerajaan berhak umum bantuan tunai bila-bila masa, kata Mat Maslan
July 29, 2023· Politik
Dia bagi kita ambil, tapi undi jangan beri : Tun Faisal
July 27, 2023· Politik
Popular
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok