Tiada tindakan diambil terhadap Fahmi berkempen di masjid: MAIS

August 29, 2023 · Politik

Isu Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, menerusi siasatan yang dijalankan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata siasatan pihaknya mendapati, pengarah komunikasi Pakatan Harapan (PH) itu hanya menyatakan tentang isu semasa dan bukan berkaitan isu politik, menurut laporan Bernama.

“Dia (Fahmi) menjawab soalan berkaitan dengan konsert (aksi biadap oleh vokalis kumpulan muzik The 1975) dan tindakan yang diambil untuk menamatkan konsert berkenaan, kerana telah melanggar syarat yang telah dipersetujui bersama.

“Dia tidak sebut politik dalam masjid, pada pandangan saya (isu ini) selesai. Dia datang mahu solat, dia cari masjid dan surau berdekatan. Sebagai menteri dia jawablah dengan jelas soalan yang ditanya jemaah,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Program Serahan Jalur Gemilang dan pelepasan Konvoi Ziarah Merdeka MAIS di sini hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial beberapa keping gambar Fahmi, dengan dakwaan beliau berucap mengenai isu politik di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata MAIS menerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan menyantuni dan membantu waris Allahyarham Sharipuddin Shaari, salah seorang mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di sini pada 17 Ogos lepas.

Beliau berkata bantuan kecemasan sebanyak RM500 telah diberikan oleh LZS kepada balu mangsa Suriana Muda, yang merupakan suri rumah pada 21 Ogos.

“Semakan juga mendapati waris perlu menanggung dua orang anak yang masih bersekolah dan ada beberapa cadangan bantuan mahu disampaikan, tapi kita tengok pada kelayakan dahulu antaranya bantuan kewangan bulanan, sewa rumah, makanan dan persekolahan,” katanya.

Pada 17 Ogos, 10 individu terkorban dalam nahas itu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun.

Mangsa yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang p-hailing dan pemandu e-hailing, yang menggunakan lebuh raya berkenaan.

Berita berkaitan
Polis ambil keterangan Muhyiddin sekali lagi berhubung kempen PRK
September 21, 2023· Politik
Di India, guna helikopter dianggap salahguna jentera kerajaan: Hadi
September 13, 2023· Politik
Fahmi puji lantikan Chun Wai sebagai Pengerusi Bernama baharu
September 12, 2023· Isu semasa
Bukit Aman rekod keterangan Muhyiddin berhubung ucapan semasa kempen PRK
September 12, 2023· Politik
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
4 jam lalu · Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
16 jam lalu · Politik
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
17 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
23 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok