Kerajaan berhak umum bantuan tunai bila-bila masa, kata Mat Maslan

July 29, 2023 · Politik

Datuk Seri Ahmad Maslan mempertahankan langkah kerajaan campuran mengumumkan bantuan tunai baru-baru ini walaupun hampir dengan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung.

Timbalan Menteri Kewangan I itu memberi respon terhadap kritikan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membidas kerajaan campuran mengumumkan bantuan tunai baru-baru ini dengan berkata kerajaan berhak beri bantuan kepada rakyat bila-bila masa sahaja.

Mat Maslan turut memberi contoh satu kes mahkamah melibatkan seorang menteri kewangan yang meluluskan peruntukan ketika berlaku pilihan raya kecil (PRK).

“Tetapi ditolak oleh mahkamah kerana mahkamah berpandangan kerajaan Persekutuan berhak membuat pengumuman di mana-mana dan bila-bila masa,” katanya dipetik laporan Malaysia Gazette.

Mat Maslan terdahulu mengadakan sidang media di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Pusat Daerah Mengundi (PDM) Teluk Kemang hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan dan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Mohd Najib Mohd Isa.

Semalam, Syed Saddiq membangkitkan persoalan tentang pengumuman pelbagai bantuan khas kepada rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin.

Ahmad menambah, sebelum ini, pihak tertentu mendakwa kerajaan campura tidak mempunyai pelan ekonomi namun apabila pelan ekonomi yang komprehensif dibuat, ia dituduh sebagai gula-gula pilihan raya.

“Jadi serba tak kena. Pada pandangan saya, kita jalan sahaja kerja, jalan terus, apa yang nak umum kita umum,” jelasnya.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yakin mereka boleh menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ahmad yang mengetuai jentera BN Johor pada PRN Negeri Sembilan berkata, pada masa yang sama, jentera parti jangan memandang rendah terhadap calon lawan.

“Kita hendaklah terus bersedia mengadakan aktiviti dan calon hendaklah bertemu seramai mungkin pengundi,” katanya.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Kempen ‘Jangan Undi Zahid’ dilancar, kumpulan dakwa Zahid punca negara tak stabil
November 14, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok