Dua negeri diarah bersiap sedia susulan amaran hujan berterusan

August 6, 2022 · Isu semasa

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri serta Daerah di Sabah dan Sarawak telah diaktifkan, dan diarahkan supaya meningkatkan tahap kesiapsiagaan, susulan amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi catatan di Facebook memaklumkan arahan itu dikeluarkan susulan Amaran Hujan Berterusan Waspada (Kuning) dikeluarkan MET Malaysia untuk beberapa kawasan di Sarawak iaitu Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang, lapor Bernama.

Amaran yang dikeluarkan pada pukul 11 malam tadi turut melibatkan Labuan serta beberapa kawasan di Sabah iaitu Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat dan Kudat.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah telah diarah untuk diaktifkan, dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana terutama di kawasan yang berisiko tinggi.

“NADMA melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal,” menurut catatan itu.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PRN Sabah mungkin diawalkan, kata Hajiji
November 13, 2023· Politik
Popular
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok