Dr Md Amin Naib Canselor baharu UPSI

June 23, 2021 · Isu semasa

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang baharu bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 24 Jun 2021 hingga 23 Jun 2024.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini berkata beliau meggantikan Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 7 Februari lalu.

“Perlantikan ini dibuat selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12(1) Perlembagaan UPSI,” kata kenyataan itu.

Md Amin, 50, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan UPSI pada 2000, Postgraduate Diploma in Outdoor Education dan Ijazah Sarjana Outdoor Education dari Universiti Otago, New Zealand pada 2004.

Beliau seterusnya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Parks & Outdoor Recreation Management dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2000, selain menerbitkan lebih 120 buku, artikel jurnal, prosiding, kertas polisi dan laporan jemaah menteri.

“Kementerian percaya dengan pelantikan ini, beliau mampu menyumbang dan membawa UPSI ke arah pencapaian kemajuan akademik dan organisasi yang lebih cemerlang selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan antarabangsa,” kata KPT.

Pada peringkat antarabangsa, beliau pernah diberikan tanggungjawab sebagai Pengarah Pejabat Education Malaysia Washington DC, Amerika Syarikat, yang merupakan pejabat Education Malaysia terbesar di dunia.

Md Amin juga adalah atlet negara dalam sukan kayak dan telah mencatatkan pelbagai kecemerlangan dalam bidang sukan dan rekreasi.

Antaranya muncul juara sukan kayak kebangsaan dan antarabangsa dari 1993 hingga 2004, mengilhamkan dan menganjurkan pelbagai kejohanan sukan kayak dan rekreasi, menubuhkan Bandar Sukan UPSI , Taman Kembara UPSI serta menerbitkan Kurikulum Pendidikan Kanu Kebangsaan yang diguna pakai di seluruh Malaysia.

Berita berkaitan
Jadi mangsa politik, bekas Naib Canselor jadi calon PN sedia galas tanggungjawab
July 29, 2023· Politik
Awas penyakit bawaan air
December 20, 2021· Isu semasa
Azizulhasni dilantik pensyarah UPSI, lanjut pengajian PhD
September 7, 2021· Isu semasa
Noraini digesa lantik segera Naib Canselor lima universiti awam
June 7, 2021· Isu semasa
Popular
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023
Muhyiddin nasihat hati-hati pulang sempena cuti Krismas
December 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023 · Isu semasa
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023 · Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
12 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok