Noraini digesa lantik segera Naib Canselor lima universiti awam

June 7, 2021 · Isu semasa

Sejak awal tahun ini, lima institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak mempunyai teraju untuk menguruskan segala operasinya, susulan kegagalan Kementerian Pengajian Tinggi untuk melantik Naib Canselor.

Kekosongan jawatan itu membabitkan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sehubungan itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad supaya memikirkan untuk melantik individu berkelayakan menjawat jawatan Naib Canselor di lima universiti berkenaan.

Setiausaha Agungnya Abdul Rahman Mohd Nordin berkata keperluan untuk melantik segera jawatan terbabit bagi membolehkan pentadbiran universiti berjalan seperti biasa dan mampu melaksanakan visi dan misi masing-masing.

“Menteri Pengajian Tinggi diharap dapat mempertimbangkan perkara ini dengan segera. Dalam situasi pandemik ketika ini, sewajarnya semua jabatan dan agensi kerajaan dimantapkan agar boleh menjadi pemangkin kepada permasalahan yang melanda ketika ini.

“Ini kerana kelewatan kerajaan membuat lantikan baharu bagi mengisi kekosongan jawatan terbabit, ia akan menjejaskan operasi pentadbiran sekali gus menjejaskan hala tuju universiti berkenaan bagi melaksanakan visi dan misi masing-masing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abdul Rahman berkata, melantik Naib Canselor adalah bidang kuasa menteri dan beliau juga mempunyai kuasa untuk menamatkan pelantikan Naib Canselor pada bila-bila masa.

“Kebiasaannya apabila jawatan Naib Canselor itu dikosongkan, Timbalan Naib Canselor yang dinamakan oleh Menteri akan menjalankan tugas sebagai Naib Canselor untuk beberapa tempoh tertentu.

“Bagaimanapun CUEPACS berpandangan kekosongan yang terlalu lama bagi jawatan nombor satu itu dengan hanya dipangku oleh Timbalan Naib Canselor boleh menjejaskan hala tuju dan pentadbiran universiti,” katanya.

Walaupun Timbalan Naib Canselor yang menjalankan tugas Naib Canselor itu individu yang berpengalaman, sudah tentu terdapat kekangan yang menghalangnya daripada menjalankan tugas dengan sepenuhnya.

“Hal kebajikan kakitangan terutama kumpulan sokongan juga tidak akan mendapat pembelaan sewajarnya kerana ketiadaan Naib Canselor yang sentiasa menjadi rujukan permasalahan kakitangan,” katanya.

Katanya, kelompangan barisan pengurusan kanan itu juga boleh menyebabkan potensi institusi pengajian tinggi itu tidak dapat diterokai sepenuhnya terutama ketika negara sedang mengalami pandemik Covid-19.

Berita berkaitan
Jadi mangsa politik, bekas Naib Canselor jadi calon PN sedia galas tanggungjawab
July 29, 2023· Politik
Gagal turun harga minyak, ada Anwar minta maaf kepada rakyat? soal Sanusi
July 12, 2023· Politik
Cuepacs kena faham kekangan kewangan kerajaan bila buat tuntutan
July 9, 2023· Isu semasa
Tarikh peperiksaan universiti bertembung hari pengundian
July 6, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
25 minit lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
5 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
5 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok