Jadi mangsa politik, bekas Naib Canselor jadi calon PN sedia galas tanggungjawab

July 29, 2023 · Politik

Profesor Dr Haim Hilman Abdullah bersedia memberi khidmat terbaik kepada penduduk Jitra sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah 12 Ogos nanti.

Bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menjadi mangsa politik dan ditamatkan khidmatnya selepas kerajaan campuran berkuasa berkata akan terus memberi motivasi kepada anak anak muda ke arah mewujudkan kesedaran integriti di kalangan kumpulan itu.

“Insya Allah, saya akan terus memberikan motivasi di Tik Tok dan media sosial yang lain sebab saya yakin dan percaya mungkin itu adalah salah satu pendekatan kita untuk sama-sama membawa anak bangsa kita ke arah satu nilai yang baik.

“Selain itu juga, saya mahu anak muda kita dapat menjadi berintegriti, bersih dan mampu memimpin masa depan dan kita akan terus santuni anak muda kita,” katanya dipetik laporan BH.

Haim sah menjadi calon Perikatan Nasional (PN) selepas menghantar borang penamaan calon di Dewan Tunku Anum Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu hari ini.

Haim berkata, walaupun pertama kali menjadi calon, beliau yakin tiada masalah untuk memastikan DUN Jitra dapat ditawan PN.

“Ini adalah manifestasi kepada kebangkitan dan kesungguhan rakyat untuk memastikan Kedah terus kekal dengan kepimpinan ulama dan menjadi contoh kepada negeri lain.

“Selain itu juga, kita sedang bergerak dalam satu referendum kepada negara dengan menunjukkan bahawa rakyat memerlukan perubahan sebenarnya di tampuk kepimpinan,” katanya lagi.

Terdahulu, Haim mendakwa telah dipendekkan perkhidmatan tanpa sebab dan tidak diberi peluang untuk membela diri.

Beliau berkata, dari segi saingan juga memperlihatkan bahawa usahanya bersama PN seiring dengan harapan rakyat dalam mengekalkan momentum kerjanya untuk meraih kejayaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra.

Haim bakal menghadapi pertarungan satu lawan satu menentang Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) Kedah, Sabrina Ahmad, 45.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, DUN Jitra dimenangi bekas Menteri Besar Kedah yang juga Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang ketika itu bertanding atas tiket Bersatu.

Beliau bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan DUN berkenaan pada PRN kali berikutan prestasi buruk Pejuang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tahun lalu

Terdahulu, Haim mendakwa beliau telah dipendekkan perkhidmatan tanpa sebab dan tidak diberi peluang untuk membela diri.

Berita berkaitan
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Anwar! Jangan guna kuasa untuk balas dendam politik, buruk padahnya
February 15, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok