Awas penyakit bawaan air

December 20, 2021 · Isu semasa

Banjir dan keadaan cuaca tidak menentu yang berlaku di hampir setiap negeri kini mengakibatkan berlaku pelbagai jenis penyakit berjangkit yang membimbangkan semua pihak.

Ia bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah kerana banjir antara punca utama pelbagai penyakit termasuk penyakit bawaan air seperti cirit-birit (gastroenteritis akut), kolera, tifoid, hepatitis A, disentri dan keracunan makanan akibat bekalan air serta sumber makanan yang tercemar.

Air banjir yang bercampur dengan sampah-sarap dan najis menyebabkan ia tercemar dengan pelbagai jenis bakteria berbahaya.

Mengulas mengenai isu ini, Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Madya Dr. Mohd Hairy Ibrahim, sikap tidak peduli dan kurang kesedaran terhadap penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar boleh menyebabkan kecederaan.

“Selain itu, taburan hujan yang tinggi akan memberi kesan kepada manusia. Antaranya boleh mengakibatkan risiko penyakit bawaan air yang mudah merebak sewaktu dan selepas banjir,” katanya.

Menurut Kementerian Kesihatan, antara penyakit berjangkit yang mudah merebak sewaktu dan selepas banjir adalah seperti penyakit bawaan air dan makanan.

“Antara yang kerap berlaku adalah demam kepialu (tifoid), taun, hepatitis A, jangkitan usus dan keracunan makanan. Gejala penyakit ini seperti cirit-birit, muntah, demam, sakit perut dan sakit kepala. Ia boleh dijangkiti daripada air minuman atau  makanan tercemar. Ia sangat mudah berjangkit dan bahaya,” ujarnya.

Tambah beliau, penyakit Leptospirosis juga boleh berlaku. Ia disebabkan bakteria Leptospira yang wujud dalam air kencing haiwan mamalia berkaki empat seperti tikus, kucing, anjing dan lembu. Penyakit ini boleh berjangkit  melalui sentuhan secara langsung dengan air atau air banjir yang  tercemar. Antara tanda penyakit ini  ialah demam, sakit kepala, loya, muntah, sakit otot, mata merah, ruam, sakit pada abdomen, jaundis dan air kencing berwarna kehitaman.

“Dalam pada itu, sakit mata mudah merebak dengan cepat daripada seorang pesakit kepada orang lain melalui perkongsian alat peribadi seperti tuala, bantal dan sapu tangan serta bergaul rapat dengan mereka yang dijangkiti.

“Penyakit yang disebabkan oleh bakteria atau virus ini adalah radang pada bahagian putih mata. Antara gejala sakit mata ialah mata merah, berair dan pedih, discaj tahi mata berlebihan,  gatal dan sensitif terhadap cahaya,” katanya.

Tidak ketinggalan, selepas banjir surut, banyak kawasan berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Antara tandanya, demam mengejut dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot, sakit pinggang yang teruk dan gatal-gatal. Ia juga berkemungkinan menjadi gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-birit.

“Oleh itu, tindakan segera dalam mitigasi bencana pastinya memerlukan peranan semua pihak yang bertanggungjawab termasuk agensi keselamatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Selain itu,  masyarakat harus peka terhadap perubahan taburan  hujan dan perlu bersiap sedia untuk menghadapi hujan  luar biasa yang berisiko mengakibatkan bencana. Penting untuk orang ramai mendapatkan maklumat melalui aplikasi myCuaca dalam telefon pintar.

“Sistem amaran banjir di lokasi  berisiko seharusnya dibangunkan dalam menangani kehilangan nyawa khususnya akibat bencana banjir lumpur,” ujarnya.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok