Azizulhasni dilantik pensyarah UPSI, lanjut pengajian PhD

September 7, 2021 · Isu semasa

Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menerima biasiswa pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) serta bakal menjadi seorang pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Surat tawaran biasiswa dan jawatan pensyarah itu disampaikan Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City di Tanjung Malim, semalam.

Md Amin berkata tawaran itu adalah penghargaan UPSI di atas pencapaian cemerlang atlet berbasikal negara itu yang meraih pingat perak untuk negara dalam acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020, Ogos lalu.

Katanya Azizulhasni dipelawa melanjutkan pengajian pasca siswazah dengan tajaan Biasiswa Bitara Pasca Siswazah peringkat Sarjana selama dua tahun bernilai RM42,225 atau Doktor Falsafah selama tiga tahun bernilai RM103,700.

“Penawaran insentif kecemerlangan itu ditawarkan secara terbuka bermula 1 Sept 2021 hingga 31 Dis 2024,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Md Amin berkata tawaran itu membolehkan Azizulhasni memberi fokus dan tumpuan untuk meraih pingat emas pertama negara di Olimpik Paris pada 2024.

Sementara itu, Azizulhasni berkata beliau teruja dengan segala kemudahan sukan yang ada di UPSI Sport City, Kampus Sultan Azlan Shah kerana ia memberi manfaat terhadap kemajuan sukan bukan sahaja untuk mahasiswa UPSI malah masyarakat sekitar dan penggiat sukan seluruh negara.

Sejurus tamat sesi penyerahan surat tawaran, Azizulhasni dibawa melawat Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, UPSI Sport City seterusnya disusuli sesi perkongsian pengalaman kejayaan dalam bidang sukan, “From Zero To Hero” secara dalam talian anjuran Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan dan Persatuan Sains Sukan.

Antara kisah yang memberi inspirasi ialah bagaimana kesungguhannya untuk bersaing dalam sukan dipelopori oleh masyarakat Eropah yang mempunyai kelebihan fizikal dan petua kejayaan 4D, iaitu disiplin, determination (keazaman), dedikasi dan direction (hala tuju) yang menjadi pegangan beliau.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kerajaan tak campur tangan keputusan kes mahkamah basikal lajak
April 17, 2022· Isu semasa
PDRM dakwa video lama tunggang basikal lajak ditular
April 15, 2022· Isu semasa
Zahid lancar misi kayuhan basikal kibar bendera UMNO pusing semenanjung
February 4, 2022· Politik
Awas penyakit bawaan air
December 20, 2021· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Kes Hakim Syarie berbogel, polis dalam proses rakam keterangan saksi
January 13, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
19 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok