Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan

June 7, 2023 · Isu semasa

Cadangan mengangkat bak kut teh sebagai makanan kebangsaan sebaris dengan nasi lemak dan laksa mengundang riuh di Dewan Rakyat, hari ini

Ahli Parlimen Pakatan Harapan, Jimmy Puah Wee Tse yang mencadangkan perkara itu berkata martabat makanan-makanan tersebut perlu diangkat supaya ia tidak dituntut sebagai makanan kebangsaan negara jiran.

“Minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan apakah usaha kementerian untuk memastikan makanan tradisi rakyat Malaysia seperti nasi lemak, bah kut teh, laksa diangkat martabat sebagai makanan kebangsaan Malaysia dan tidak dituntut sebagai makanan kebangsaan negara lain.

Bak kut teh merupakan hidangan sup tradisi tulang rusuk babi dimasak dengan herba tradisi yang popular dalam kalangan masyarakat Cina.

Namun Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mempersoalkan kewajaran bak kut teh diangkat sebagai makanan kebangsaan.

Beliau memaklumkan dalam 10 makanan tradisional paling popular di Malaysia, bak kut teh tidak tersenarai malah dalam 30 makanan tradisional pelbagai kaum di negara ini juga tidak disenaraikan.

“Sejak bila bak kut teh ini menjadi makanan tradisi di Malaysia? Sebab saya tengok 10 makanan tradisional paling popular di Malaysia, tiada bak kut teh.

“Adakah menteri bersetuju nak masukkan ke dalam permohonan seperti yang diminta Tebrau (Jimmy Puah)?” soal Ahli Parlimen Langkawi itu.

Sementara itu Timbalan Menteri Pelancongan, Khairul Firdaus Akbar Khan turut bersetuju untuk memasukkan setiap jenis makanan sebagai kategori makanan warisan memerlukan satu prospek makanan yang boleh dimakan oleh semua lapisan rakyat.

“Untuk masukkan dalam warisan, saya sedikit sebanyak bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Langkawi kerana ia melibatkan prospek makanan yang boleh dimakan oleh kesemua rakyat Malaysia. Kalau bak kut teh itu menyediakan bak kut teh ayam, bolehlah Yang Berhormat Langkawi.

“Tetapi kalau bak kut teh yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tebrau, dia tak beri secara spesifik bak kut teh jenis apa dan saya pun tak boleh jawab secara spesifik.

“Pokoknya di sini untuk kita memasukkan makanan warisan ini, ianya harus boleh dimakan dan dirasai oleh kesemua kaum di negara kita ini,” katanya yang memaklumkan MOTAC melalui Jabatan Warisan Negara mengambil inisiatif mewartakan makanan warisan di Malaysia mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 bagi melindungi serta memelihara makanan warisan supaya tidak pupus.

Katanya, sehingga 2023 sebanyak 213 makanan warisan daripada pelbagai negeri dan berbilang kaum sudah diiktiraf sebagai warisan kebangsaan.

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok