Deqsha teruja solek wajah PM

September 24, 2021 · Isu semasa

Muhamad Shahrul Azlan Abdul Rauf, 42, tidak menyangka sebaik industri seni dan kreatif dibenar beroperasi semula, wajah pertama yang akan disoleknya adalah Perdana Menteri Malaysia.

Jurusolek selebriti terkenal itu yang lebih dikenali sebagai Deqsha teruja apabila diminta menyolek wajah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Sejujurnya empat bulan lepas adalah waktu yang sukar untuk saya dan rakan-rakan industri kreatif yang lain. Tawaran makeup memang tak ada langsung sebab situasi Covid yang menduga.

“Tapi saya taknak mengeluh dan mencuba cara lain untuk cari rezeki bagi menyara anak dan keluarga. Saya datang dengan idea KuDapDap sebagai alternatif lain untuk mencari rezeki.

“Awal memang susah, saya langsung tak ada latar belakang bisnes tapi saya tawakal dan gagahkan diri untuk mencuba juga cari rezeki halal demi sesuap nasi,” katanya menceritakan pengalaman dalam Facebooknya.

Deqsha bersyukur apabila KuDapDap (kerepek pisang dan popia) mendapat sambutan yang sangat positif.

Namun, selepas keadaan semakin pulih dan industri kreatif juga dibenarkan beroperasi semula dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, siapa sangka antara wajah pertama yang diriasnya adalah Ismail Sabri.

“Selepas ujian mesti ada hikmah. Siapa sangka antara wajah pertama yang saya solek dan siapkan selepas industri seni dan kreatif dibuka semula adalah wajah Perdana Menteri DS @ismailsabri60.

“Tak pernah saya terfikir & terbayang diberi rezeki & peluang sebesar ini. Antara satu pengalaman yang saya kira sangat berharga sepanjang bergelar makeup artist. Thank you YB Datuk Seri Ismail Sabri for having me,” katanya.

Deqsha sedang menyolek wajah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Wajah Perdana Menteri setelah disolek (gambar kanan). – Gambar FB Deqsha

Berita berkaitan
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok