Dedahkan dokumen perjanjian maritim dengan Indonesia, kata PN Sabah

August 20, 2023 · Isu semasa

Kerajaan campuran diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa supaya menyahklasifikasikan dokumen perjanjian persempadanan maritim ditandatangani dengan Indonesia pada Jun lalu bagi merungkai isu Ambalat.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Seri Ronald Kiandee langkah tersebut bagi memastikan ketelusan berhubung isu sama ada Triti Laut Sulawesi ditandatangani Perdana Menteri (PMX) dan Presiden Indonesia, Joko Widodo sebelum ini, tidak membabitkan blok Ambalat.

Menurutnya, ia juga dapat menghentikan spekulasi serta kebimbangan rakyat berhubung sempadan separa laut wilayah antara dua negara di Laut Sulawesi seperti yang dikatakan oleh kerajaan.

“Blok Ambalat iaitu kawasan seluas 15,000 km persegi di tengah-tengah wilayah pertikaian di luar pantai Sabah ini mengandungi sumber minyak mentah terbesar di dunia dan telah dipertahankan oleh Malaysia sekian lama, maka ia tidak boleh digadai sama sekali.

“Apatah lagi pakar maritim yang terlibat dalam usaha melindungi hak wilayah Malaysia telah memberi amaran kepada Putrajaya supaya tidak menandatangani sebarang perjanjian baharu untuk menyelesaikan pertikaian sempadan yang berlarutan dengan Indonesia,” katanya dalam kenyataan.

Pada 15 Ogos lalu, Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin menjelaskan Triti Laut Sulawesi ditandatangani Malaysia dan Indonesia tidak melibatkan kawasan yang dirujuk sebagai blok Ambalat tetapi hanya membabitkan sempadan separa laut wilayah antara dua negara di Laut Sulawesi.

Penjelasan itu susulan kenyataan Adun Tungku Assaffal Alian, pada DUN Sabah 10 Ogos lepas yang mendakwa kononnya Malaysia menyerahkan Ambalat kepada Indonesia.

Isu tuntutan bertindih antara Malaysia dan Indonesia di kawasan perairan di Laut Sulawesi atau Ambalat yang terletak antara Kalimantan Timur, Indonesia dan tenggara Sabah itu, timbul sejak penerbitan peta oleh Malaysia pada 1979.

Peta itu menunjukkan kawasan sempadan maritim itu terletak dalam perairan Malaysia tetapi Indonesia membantah peta itu.

Berita berkaitan
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
2 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
2 jam lalu· Politik
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
15 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
15 jam lalu· Isu semasa
Popular
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Minyak masak paket hanya boleh dijual kepada mereka ada ID khas: Fuziah
October 2, 2023
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
October 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit jatuh lagi kepada RM4.72 berbanding dolar
15 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing jadi penjual bersih minggu lepas, bernilai RM44.7 juta
21 jam lalu · Isu semasa
Kertas siasatan dibuka dalam kes lima polis larikan seorang lelaki dan pukul
21 jam lalu · Isu semasa
Minyak masak paket hanya boleh dijual kepada mereka ada ID khas: Fuziah
21 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah, susut hampiri RM4.70 berbanding dolar
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok