Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar

July 3, 2022 · Isu semasa

Kumpulan yang merancang untuk berhimpun bagi membuat bantahan terhadap kenaikan harga barang ditawarkan untuk berjumpa dan berbincang dengan kerajaan bagi mencari jalan menangani isu tersebut.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa membuat tawaran kepada kumpulan yang berhimpun Jumaat lalu di Kuala Lumpur tetapi tidak mendapat sambutan untuk duduk semeja memberi idea menangani isu kos sara hidup yang membebankan rakyat ketika ini.

“Saya nak tawarkan mereka ketua-ketua demon (bantahan kenaikan kos sara hidup) kalau ada masa, datanglah jumpa saya.

“Saya nak dengar idea kalau ada idea. Saya pun tak pandai nak buat sorang. Yang nak demo tu, kalau dia nak bantu saya nak cari jalan. Saya bukan superman,” katanya dipetik laporan media.

Annuar terdahulu menghadiri majlis penyampaian anugerah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Pada Jumaat, seramai kira-kira 100 orang lebih menghadiri himpunan aman yang bermula jam 2 petang di Masjid Jamek Kampung Baru sebelum disuraikan oleh anggota polis kira-kira 30 minit kemudian.

Antara yang dilihat hadir pada perhimpunan tersebut termasuk Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Mohd Hatta Ramli; Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Amanah, Faiz Fadzil.

Pada himpunan itu, Parti Amanah memberikan tempoh 11 hari kepada kerajaan untuk menunaikan tiga tuntutan bagi mengatasi isu kenaikan harga.

Dalam pada itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu tidak menolak akan mengadakan perhimpunann berskala besar dalam beberapa bulan akan datang bagi membantah inflasi dan rasuah.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi membantu rakyat menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

Pasukan khas tersebut akan bertanggungjawab mengumpul data daripada semua kementerian, agensi berkaitan dan orang ramai bagi merangka strategi dan menyelaras usaha untuk mengatasi inflasi dan kesannya terhadap harga barang.

Pasukan petugas lain termasuk Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz; Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed; dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Malaysia kini sedang menghadapi krisis kos sara hidup di mana harga makanan ruji dan keperluan meningkat secara mendadak dan stabil sejak awal tahun.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok