Dah la kudung, rogol anak OKU pula

October 11, 2021 · Isu semasa

Seorang lelaki kudung bukan sahaja akan merengkuk dalam penjara selama 15 tahun, malah belakang badannya akan bersirat dengan rotan setelah Mahkamah Sesyen Kota Bharu mendapati dia bersalah merogol anak perempuannya yang juga orang kelainan upaya (OKU).

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin yang membuat keputusan itu selepas tertuduh yang berusia 50 tahun itu mengaku bersalah merogol anak kandungnya berusia 16 tahun turut menjatuhkan hukuman 10 kali sebatan terhadapnya semalam.

Memetik laporan Bernama, mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman itu bermula daripada tarikh dia ditangkap pada 28 September lalu.

Mengikut fakta kes, kejadian disedari selepas mangsa mengadu kepada gurunya berhubung perlakuan tertuduh, sebelum guru itu kemudian membawa mangsa ke hospital dan membuat laporan polis.

Hasil siasatan mendapati terdapat satu rakaman video memaparkan tertuduh sedang merogol mangsa. Video berkenaan dirakam sendiri oleh mangsa menggunakan telefon bimbit miliknya ketika kejadian kira-kira jam 11.59 malam, pada 18 Ogos lepas.

Mangsa yang mengalami kecacatan pada bahagian kakinya juga mendakwa, dia mula dirogol tertuduh sejak Mac 2017 iaitu seminggu selepas ibu tirinya meninggal dunia, serta mendakwa bapanya melakukan perkara itu kira-kira 30 kali di bilik tidur mangsa.

Tertuduh yang mengalami kecacatan kudung pada tangan sebelah kiri didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam sebuah bilik di rumahnya dekat Kuala Krai, kira-kira 11.59 malam, 18 Ogos lepas mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan minimum 10 sebatan.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman yang ringan.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh, dengan alasan kes yang dilakukan tertuduh adalah kesalahan yang serius.

Berita berkaitan
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023· Isu semasa
Rogol dua anak, bapa dipenjara 36 tahun dan kena 20 sebatan
May 10, 2023· Isu semasa
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022· Isu semasa
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok