Rogol dua anak, bapa dipenjara 36 tahun dan kena 20 sebatan

May 10, 2023 · Isu semasa

Seorang bekas operator kren dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya kerana merogol dua anak perempuannya yang di bawah umur.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Lim Chong Fong membenarkan rayuan lelaki itu untuk mengurangkan hukuman penjara dan sebatan ke atasnya, menurut laporan Bernama.

Hakim Kamaludin yang mengetuai panel, mengurangkan tempoh penjara kepada 18 tahun dan mengurangkan bilangan sebatan kepada 10 sebatan bagi setiap pertuduhan.

Lelaki berusia 42 tahun itu sebelum ini dijatuhi hukuman 40 tahun penjara dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Segamat di Johor pada 20 Mei, 2020 selepas beliau mengakui bersalah terhadap dua pertuduhan rogol.

Beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan untuk mengurangkan hukuman itu selepas permohonannya ditolak Mahkamah Tinggi Muar pada 24 Dis, 2020.

Bapa kepada lima orang anak itu mengaku bersalah merogol anak perempuannya berusia 15 tahun pada pertengahan 2017 dan anak perempuannya berumur 13 tahun pada Januari, 2020.

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan bagi setiap pertuduhan dan mengarahkan supaya hukuman itu dijalankan secara berasingan dari tarikh tangkapan 19 Mei, 2020.

Peguam Ameerul Aizat Noor Haslan memohon mahkamah mengurangkan hukuman penjara ke atas anak guamnya itu atas alasan hukuman itu berlebihan. Beliau juga meminta 24 sebatan tersebut dikurangkan.

Timbalan pendakwa raya Fauziah Daud berkata hukuman penjara lelaki itu wajar dijalankan secara berasingan kerana ia melibatkan dua mangsa.

Berita berkaitan
Saman Jason Lo terhadap Bernama ditolak Mahkamah Tinggi
May 31, 2023· Isu semasa
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
May 29, 2023· Politik
Perbicaraan kes saman Zakir Naik terhadap Ramasamy panas
May 24, 2023· Isu semasa
Kes bunuh pengawal keselamatan, tertuduh dijatuhi hukuman mati
January 27, 2023· Isu semasa
Popular
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023
P.Pinang-Kedah: Keterlaluan label pandangan Sanusi sebagai jenayah
June 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
14 jam lalu · Isu semasa
Selesai polemik agama segera dengan bijak dan tertib, titah Sultan Selangor
14 jam lalu · Isu semasa
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
15 jam lalu · Isu semasa
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
15 jam lalu · Isu semasa
P.Pinang-Kedah: Keterlaluan label pandangan Sanusi sebagai jenayah
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok